Friday, May 7, 2010
~sebab bermulanya adalah cita-cita...
rabu...khamis..
hari ini jumaat...esok sabtu..lusa ahad..
he..aku belajar nama-nama hari dalam seminggu ke?..
isnin minggu lepas xkan sama dengan isnin yang akan datang..
kesempatan yang aku ada pada selasa sebelum ini xkan sama dengan selasa yang akan aku hadapi seterusnya..
inilah dikatakan kenangan..
kenangan pada setiap detik,waktu,masa,hari yang telah aku lalui..
kenangan mungkin tidak indah dan berguna andai kesempatan yang aku lalui tanpa menghasilkan sesuatu yang bermakna..
peristiwa-peristiwa silih berganti dalam hidup aku..
yang baru menggantikan cerita lama..
suka atau derita..
kesempatan tetap hadir..
namun tetap tidak bermakna..
tanpa menghasilkan sesuatu yang bermakna..
mode:tgh penim..ngeh...ngeh...(aku pun x sure apa yg aku tulis but i mean it:)
pada bermulanya adalah cita-cita
lalu timbulnya kehendak
sesudah itu perjuangan menepati janji-janji
dan mengejar mimpi-mimpi
itulah kesetiaan akan pilihan
itulah perjuangan
dan itulah inti kehidupan......teruskan perjuangan:)
Thursday, April 22, 2010
~B.O.S.A.N~
agk terkejut bila melihat confirmation slip ak...jeng..jeng..nak tahu kenape?ne ak tak terkejut selaluny time short semester ak nye jadual sempoi jer..pagi till tghari tapi kali nie....adoya..tgk la
isnin n rabu,class 8 till 3.50,selasa n khamis 8 till 4.30...walaupun contact hournye 0...hehe..penat den..da gaya opis hour jadual class ak neh..hehe pg smpai ptg..walaupun masih lom puas bercuti,tp ok gak dpt p class..xde la aku bosan sangat kt umah nie..hehe adakah ak xbosan kalo blajar nanti..satu soalan?cnfirm bosan gak..kt umah,keja,chatting,facebook,epi blogging even hepi..tetap ada potensi untuk bosan..memang sudah fitrah manusia kita memang berpotensi untuk bosan..kalau ada pun yang tidak merasa bosan,kecil bilangannya...
walaupun si bosan ni mmg suka singgah dlm hidup kita,bahkan mmg akn singgah lagi pada suatu masa(ko memang xmalu si bosan),kita tetap kena jalani dan lalui..seperti penatnya siang yang harus dilewati untuk menikmati malam yang merehatkan..tol tak?
n yang pasti jgn kita lampiaskan rasa bosan kita itu dengan cara yang tidak betul...
sape yg tak pernah rasa bosan?ada ker perkara yang tidak membosankan?ak memang bersyukur kalo tidak didatangi rasa bosan...apakan daya hidup memang tak sempurna n manusia juga tak sempurna..so,bosan ko memang layak utk membosankan org supaya bosan..he
kalaulah kita xbosan,banyak kerja,amalan,ibadat boleh kita lakukan dgn konsisten..even sampai sekarang aku belum bleh istiqamah dgn blog ak neh..rajin layan la.kalo tak..buang ke tepi..
bagus kiranya berterusan walaupun dlm kuantiti yang sedikit...begitu gak dlm ibadah..xperlu kita berlebih-lebih..coz Allah tidak pernah rasa bosan,sampai kita sendiri yang merasa bosan..buat slow-slow janji berterusan...(nasihat utk diri sendiri..he)
lastly,ak rasa ad yg tak membosankan..ape yer?surga Allah..hehe
tidak akan ada rasa bosan sedikit pon..ayuh we strive for it~lalalala
hehe...disebabkan ak byk gunakan perkataan BOSAN dlm entry ni iaitu sebanyak 2o kali,so entry ni di beri tajuk B.O.S.A.N...tahniah pada cik bosan..anda memang watak utama pada malam ini..
isma adakah ko bosan?yer..aku lampiaskan kebosanan aku dengan mengarut kt sini:)
Tuesday, March 2, 2010
saya nak mak......

mak...
tidak tenang rasanya hati,berada jauh disisimu disaat mak memerlukan anak-anak disampingnya.Aku tahu mak akan selesa bila ada tangan-tangan anaknya menyentuh dan membelai dirinya...teringat kata-katanya..."kurang sedikit rasa sakit bila ada yang pengang dan sentuh mak"...saya nak mak...saya nak mak...(hatiku menjerit)seksanya berjauhan lebih-lebih lagi disaat mak sedang sakit.aku bukan lah anak yang kejam tidak ingin menjaga ibunya disaat ibunya memerlukan.tapi.....aku juga bingung yang mana harus diutamakan...mak atau pelajaran?dua-dua penting tapi yang mana lebih penting?..أهم من المهم
semalam waktu nak bertolak ke k.l,air mata aku tak berhenti-henti mengalir,tidak sanggup rasanya meninggalkan mak dan berada jauh disampingnya.aku minta untuk sehari lagi berada dirumah,mak kata xperlu...sama saja katanya,cuma sehari.bagi aku,walau sesaat bersama mak,ia dah cukup bermakna..aku cukup sebak bila mak kata aku kena terima ketetapan ilahi walau apapun yang terjadi nanti...ia akan berlaku,tapi mak juga perlu tahu,tidak semestinya orang yang sakit boleh pergi dahulu...mungkin aku yang dijemput terlebih dahulu...hanya Allah yang tahu.
sepanjang perjalanan aku tenangkan hati dengan membaca buku...(berjuang di dunia berharap pertemuan di surga)alhamdulillah keresahan dan kesedihan hatiku sedikit terubat..hati ku terkesan dengan doa yang sering dipanjatkan nabi,yang berbunyi"ya ALLAH,jadikan lah aku puas dengan rezeki yang kau berikan,berkahilah aku dalam rezekiku dan gantilah untukku semua yang tidak ada dengan kebaikan."rasul meminta kurnia sifat qanaah,sifat menerima dan redha dengan apa yang Allah rezekikan untuknya,mohon diberi barakah di dalam rezeki yang diperolehnya dan berharap agar semua ketiadaan yang dia rasakan mendapat balasan kebaikan dari Allah.
"Gantilah semua yang tidak ada padaku dengan kebaikan"tidak ada yang lahir dari sisi Allah kecuali kebaikan...hanya kebaikan...hanya kebaikan...dengan inilah membuat jiwa menjadi lebih tenang,stabil dan bisa hidup dengan kuat..ingat tiada yang dikurniakan Allah kepada kita kecuali kebaikan...tidak kira apa jua yang berlaku kepada aku selepas ini,itu kententuan terbaik untuk diriku dariNYA..
hari-hari yang aku lalui berjauhan dengan mak terasa resah,pelbagai persoalan bermain di fikiran,lenakah tidurmu ketika ini atau mak masih sakit hingga meganggu tidur,.berselerakah mak hari ini atau langsung tidak dijamah pun makanan..ya Allah hanya kau lah yang mengetahui...terasa ingin ku selesai dan tamatkan kerja-kerja ku disini dan segera pulang ke rumah..
andai di antara kita ada yang pergi dahulu...itu pasti kerana kita hanya tetamu di atas dunia ini...sampai masa akan didatangi utusan tuhan dan memenuhi panggilannya.kehilangan orang yang mempunyai pertalian darah...pahit bukan?tapi ingat rasul pernah bersabda...andai kita redha dengan pemergian itu...maka Allah mengatakan"bangunkanlah rumah untuk hambaku disurga dan namakan lah rumah itu dengan baitu al hamd(rumah
pujian)
~minta sahabat doakan mak saya agar kembali sembuh.....amin~
Friday, January 29, 2010
~Hati sakit~
Hati sakit…sakit hati…dua perkataan yang sama tapi amat bertentangan maksudnya..entri ni tidak ada kaitan dengan sakit hati sebenarnya...saja je..hehe... kenapa aku timbulkan persoalan ini(hati sakit).entah mengapa,aku dapat rasakan hati aku tengah sakit..jiwa aku tidak tenang..perasaan ku begitu tidak selesa...fikiran aku bercelaru...(penuh kesakitan).Kalau sakit fizikal boleh dapatkan rawatan doktor tapi kalau sakit dalaman(sakit rohani)apakah ubatnya?aku rasa aku tahu ubatnya...tapi....tapi apa isma?tapi aku saja ingin menidakkannya.aku memang cukup ego dan zalim padaNYA.aku tahu rohani aku perlukan makanannya.dah berapa lama tidak diisi rohani aku dengan makanannya..rohani aku begitu dahagakan makanannya..(mengapa kamu begitu menzalimi hak kami wahai empunya badan).
Ibarat perut tidak diisi makanan,sudah tentu badan menjadi lemah dan masakan badan kita dapat berkerja dengan baik,rohani pun begitu kiranya...kalau dapat bekerja pun...kerja yang tidak sempurna...macam ni agaknya,aku menidakkan hak mereka..mereka memberontak..aku juga yang susah akhirnya...aduh sakitnya...aku berani katakan hati sakit ini lebih sakit dari segala penyakit yang wujud di atas muka bumi ini...betul tak?yess...aku katakan ya...kerana rohani makanan iman..ada yang lebih penting dari iman ke isma?mahukan hatimu keras(sakit) kerana banyaknya dosa? Xnak...ada yang jawab nak ke...
Kalau dulu even banyak kerja sekalipun,hati aku amat tenang...xpernah berserabut..kerana aku tahu adanya DIA disisi aku..sekarang kenapa?aku tahu kenapa dan mungkin sesiapa yang membaca entri ini juga tahu kenapa?lagi persoalannya..kenapa aku jadi begini?mungkin kerana aku jauh dengan tuan aku..bukan mungkin memang betul pun...aku tahu iman ada pasang dan surutnya..tapi bagaimana aku ingin meletakkan iman aku ditahap yang paling selamat...mampukah aku?kau boleh isma...bukankah doa yang selalu kau baca...”dekatkan aku dengan perkara yang boleh membuatkan aku dekat dengaMU”...kalau aku dekatkan diri dengan perkara yang membuatkan diri aku dekat dengannya..iman ku terjaga...rohaniku terisi dengan makanan sebetulnya...dan yang pasti hati ku aman dan tidak lagi sakit..persoalannya:dekatkah aku dengan perkara yang dimaksudkan?adakah aku tersalah tafsirkan maksudnya itu...adakah aku lebih mementingkan perkara yang tidak sepatutnya...ya!!!
Zikir,mathurat,solat sunat,jemaah...dah jarang aku dekati....kenapa?adakah aku lebih mementingkan pelajaran dan meniddakkan semua amalan tersebut...kalau aku buat semua tu..cukup ke waktu aku untuk belajar..tergangukah waktu rehat aku...kalau dulu aku boleh,kenapa tidak sekarang...zalimnya akuL itulah makanan rohani aku...asyik isi makanan fizikal jer(rasa jer nak makan mesti dapat)aku betul2x manusia yang tidak adil...bukan pada orang lain tapi pada diri sendiri...harap sahabat jangan contohi teladan yang tidak berapa baik ni.
(camnila kot hati aku..bertampal-tampal)
Aku pasti inilah punca penyakit hati aku...boleh ke aku biarkan saja sakit ni?nanti parah tak?boleh bawa mati ke?jawapan aku...boleh jer....parah la juga...boleh bawa mati...mati hati...macam mana tu?mati hati?lebih teruk ke dari mati biasa?mati jasad kita kuburkan ada pusara tapi mati hati ibarat mayat hidup.ngerinya bunyi...”mayat hidup” ibarat jasad yang x berguna...hidup macam tak hidup...begitulah ibaratnya kalau mati hati...fizikal sihat tapi hati mati..hidup xade manisnya....habis macam mana sekarang?apa perlu aku buat?bersihkan diri dengan bertaubat!!!
taubat yang aku tahu ucap istighfar dengan lisan,menyesal akan perbuatan yang telah dilakukan,berhenti melakukan perkara maksiat dan bertekad untuk tidak kembali melakukan maksiat..tapi adakah taubat aku sebenar-benar taubat?Apakah aku akan dapat hasil dan buah yang wajar dari taubat yang bersih dan tulus pada Allah.
Aku benar-benar ingin mengantungkan hatiku padaMu...
semoga aku takkan tertipu lagi seperti sebelum ini..
semoga aku tidak sedih ditinggalkan dunia..
semoga aku tidak sedih didatangi dunia.
kerana kebergantungan aku hanya padamu..
"Selama engkau tidak murka kepadaku...aku tidak akan pernah peduli apa pun yang aku alami"

