Wednesday, August 19, 2009

Bulan Tawaran Mega Khas untuk kita semua…..

Bulan Tawaran Mega Khas untuk kita semua…..
Bila terdengar perkataan “tawaran hebat” “jualan runtuh” mesti ramai yang berminat untuk memenuhi pusat jualan yang menawarkan promosi tersebut.Maka berpusu-pusulah yang membajiri pasaraya-pasaraya yang dikatakan ada jualan murah itu.Itu semua adalah nikmat dunia yang sementara.Adakah kita menyedari dan berfikir bahawa Allah SWT juga ada menawarkan tawaran hebat bagi umat manusia?Allah yang maha pengasih lagi maha penyanyang dengan murah hatinya memberi tawaran mega special kepada kita umat islam,tawaran ini bukan hanya untuk beberapa hari atau seminggu bahkan dibuka selama sebulan sepanjang bulan ramadhan.Bulan barakah dimana setiap amal ibadah kita di beri ganjaran pahala gandaan seribu bulan.Bagi kita yang masih di beri kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan yang hanya beberapa hari lagi…Panjatkan kesyukuran kita padaNYA kerana Allah masih lagi sudi menjemput kita untuk merebut tawaran ini sebagai tamu NYA,mendekatkan diri kepadanya…..Berbanyakkan amalan…Apa!!Tunggu Ramadhan tahun depan?Ada peluang lagi ke?Entah esok atau sekejap lagi Izrail akan datang menjenguk kita…Nauzubillah.

Hadirmu kunanti….
Ku sambutnya dengan penuh kesyukuran

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails