Sunday, October 25, 2009

Keralitan Meniti batas-batas hari…..


Keralitan Meniti batas-batas hari…..

Dalam kesibukan meniti batas-batas hari di kampus sebagai seorang mahasiswi,tanpa di sedari ak akan menjalani exam final tidak lama lagi..Bebanan quiz,assingnment,presentation yang sering menunggu sudah cukup membuat ak rasa tertekan,boleh dikatakan “hypertension”sedang melanda diri…tapi bila difikirkan balik inilah realiti seorang student,tidak boleh lari dari segala tugasan yang di amanahkan.Exam yang bakal kami hadapi hanyalah ibarat ‘medan pertempuran kecil’ .Adakah kami sudah bersedia untuk bertempur dalam medan ujian ini?
Benarlah ada yang mengatakan bahawa seorang yang ingin mewarisi kecemerlangan perlu menanamkan sifat-sifat yang membawanya ke puncak kejayaan.Bukanlah kerja yang sia-sia yang membuat kita Berjaya,oleh itu,demi masa,setiap detik dalam kehidupan kita adalah amat berharga dan tidak sepatutnya dipersiakan.Hentikanlah perbuatan yang sia-sia dan tumpukan sepenuh masa dan tenaga berjuang untuk final exam.Ingatlah selagi belum menarinya pena pen menjawab paper exam selagi itulah kita mempunyai masa untuk memburu kecemerlangan yang kita impi-impikan.
Jangan jemu untuk membaca,jangan merasa bosan mengulangkaji dan jangan muak untuk membuat latihan kerana segala yang pahit pada hari ini pasti akan menjadi manis apabila kejayaan sudah berada dalam gengaman.Tidak dinafikan dalam merentasi jalan kecemerlangan kita sudah pasti di hadapkan dengan pelbagai cubaan dan dugaan…rasa malas untuk study,baik aku tidur dari belajaranggap semua itu adalah sunnah dalam perjuangan.Bukan senang untuk senang tapi kita juga perlu di ingat bukan susah untuk senang.Semuanya terletak pada diri kita.
Ayuh kita kembalikan semangat untuk meraih kejayaan yang paling manis untuk dikenang.Ingat dan kenangilah harapan mak dan abah.Pohonlah restu mak dan abah sebelum melangkah ke medan juang ini,semoga doa mereka memberkati usaha kita untuk mencapai kecemerlangan.Jangan juga dilupa pada pemilik mutlak kejayaan,doa dan harapan semoga usaha kita diperkenankan dan di kurniakan kejayaan.Amin.

~Good luck and all the best for becoming final exam to all my beloved friends. Our triumph and success is dedicate to ISLAM~

Friday, October 23, 2009

Kisah Kepompong kupu-kupu

Kisah Kepompong kupu-kupu

Seseorang menemukan kepompong kupu-kupu.Suatu hari lubang kecil muncul dari kepompong tersebut.Orang itu duduk dan mengamati dalam beberapa jam ketika kupu-kupu itu berjuang memaksa dirinya melewati lubang tersebut.Kemudia kupu-kupu itu berhenti membuat kemajuan.Kelihatannya kupu-kupu itu telah berusaha semampunya dan dia tidak boleh lebih jauh lagi.Akhirya orang tersebut memutuskan untuk membantunya,lalu dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.Akhirnya kupu-kupu itu keluar dengan mudahnya.Namun,kupu-kupu itu mempunyai tubuh gembung dan kecil serta sayap-sayapnya mengkerut.Orang tersebut mengamatinya kerana dia berharap bahawa pada suatu saat sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu yang mungkin akan berkembang.Namun semuanya tidak terjadi.Kenyataannya kupu-kupu itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak dengan tubuh gembung dan sayap-sayap mengkerut.Kupu-kupu itu tidak boleh terbang.Yang tidak difahami dari kebaikan orang tersebut adalah bahawa kepompong yang menghambat dan perjuangan yang diperlukan kupu-kupu untuk melalui lubang kecil adalah kerana ketentuan Allah untuk memaksa cairan dari kupu-kupu itu masuk ke dalam sayap-sayapnya sedemikian rupa sehingga dia akan boleh terbang dan peroleh kebebasan dari kepompong tersebut.

~Iktibar~

Mesti ramai diantara kita sering terdengar atau terbaca akan kisah kepompong kupu-kupu ini,Maha suci Allah akan segala penciptaan dan ketentuannya.Apa yang boleh kita ambil iktibar dari kisah ini adalah perjuangan…kadang-kadang perjuangan adalah perkara yang kita perlukan dalam hidup ini.Jika Allah biarkan hidup kita sunyi tanpa hambatan,kesusahan,keperitan,dugaan…mungkin itu akan melumpuhkan kita.Kita mungkin tidak sekuat yang semestinya kita mampu.Kita tidak pernah mungkin dapat mencapai kejayaan dan kebahagian,dan mungkin juga rama-rama tidak dapat terbang dengan sayapnya.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails