hari pertama zulhijjah dan seterusnya hingga sepuluh zulhijjah,umat Islam akan menyambut idul adha..hari raya korban10 zulhijjah1431H,memang besar manfaat bagi sesiapa yang berkesempatan menunaikan ibadah haji pada tahun ini...erm,insyaallah semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan di beri kesempatan melalukan ibadat haji,melaungkan kalimah talbiah...laungan komitmen dan kesungguhan untuk tunduk ,menyerah diri dan taat kepada Allah di tanah suci Mekah.
terkadang terpikir kepada mereka yang tidak berkesempatan mengerjakan wukuf,tawaf,saie,melontar di tiga jamrah,mahupun ibadat korban,apakah tiada amalan lain yang boleh dilakukan untuk meraih pahala dan mendekatkan diri kepada Allah.Maha suci Allah,banyak amalan yang dituntut pada 1o hari kesukaan Allah ini.Salah satunya puasa,marilah kita bersama-sama berpuasa dan pasti tidak terkira fadhilat bulan zulhijjah.
Sekadar berkongsi hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas r.a,Rasullulah telah menerangkan tentang fadilat puasa di bulan zulhijjah
1 zulhijjah- kesalahan nabi Adam di ampunkan Allah,sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan Allah.
2 zulhijjah- Doa nabi Yunus diperkenankan Allah,oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut,maka pahalanya sama seperti berpuasa setahun dan di catitkan baginya seolah tidak pernah melakukan maksiat walau sedikit pun.
3 zulhijjah- Doa nabi zakaria diperkenankan,maka sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut,doanya akan di perkenan.
4 zulhijjah- Nabi Isa di lahirkan,sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kekafiran dan kemelaratan,dan di hari kiamat ia akan di masukkan dlm golongan terhormat.
5 zulhijjah- Nabi Musa dilahirkan,sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut,akan terlepas dari sifat munafik dan siksa kubur.
6 zulhijjah- Allah telah membuka pintu kebajikan utk nabi-nabinya,sesiapa yang berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat serta terlepas dari azab.
7 zulhijjah- Pintu neraka jahanam akan dikunci,sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dikuncikan Allah 30 pintu kesulitannya dan dibukakan 30 pintu kemudahan.
8 zulhijjah- Nabi Ibrahim telah bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih anaknya Ismail.Seharian dia berfikir samada perintah itu datang dari Allah atau syaitan.Hari itu dinamakan 'Tarwiyah'(hari berfikir)oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut,akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung banyaknya dan hanya Allah yang mengetahui.
9 zulhijjah- Allah memberirtahu Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah,bukan dari syaitan.oleh itu hari itu dikenali dengan nama 'Arafah'(hari tahu).sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
10 zulhijjah- Hari raya korban.dikenali dengan nama hari 'Nahar'(menyembelih).Sesiapa yang berkorban pada hari itu dengan seekor korban dan pada setiap titisan yang mengalir dari leher haiwan tersebut,Allah akan mengampuni dosanya dan dosa ahli keluarganya.Haram berpuasa pada hari tersebut.
setiap perjuangan memerlukan pengorbanan,ya Allah permudahkan urusan hambamu dalam menuntut ilmu..3 more papers left & x sabo nak makan daging banyak2x:)