Tuesday, July 14, 2009

Aku, MU dan …
Menjelang pilihanraya kecil dun manik urai 14 julai yang akan berlangsung beberapa jam saja lagi dan beberapa ketika nantilah penduduk MU akan menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat(wakil yang akan membawa suara mereka ke dewan rakyat),wakil yang dikatakan mempertahankan hak rakyat dan bukannya menganiaya rakyat.Terpulang kepada mereka untuk memilih. Saat dan ketika ini aku sudah pun berada di bumi uia untuk meneruskan perjuangan(belajar) dan setelah seharian melalui proses add n drop subjek(waktu yang akan selalu ditempoh ketika berada disini…hehe),walaupun jasadku berada di sini,tapi pikiran dan hati ku masih di qlate,alangkah bahagia kalau dapat menyaksikan sendiri suasana malam pilihanraya yang selalunya meriah dan gamat dengan pesta bendera,aksi-aksi penduduk dan acara-acara yang diadakan sebelum tibanya hari pengundian.Sebenarnya aku sempat bertandang di MU sebanyak tiga kali sebelum ini.Walaupun agak terkilan kerana tidak dapat turut serta pada hari penamaan calon,bukan apa aku ditinggal mak dan aboh kerana bangun lewat pada hari kejadian… akhirnya pada pagi khamis dapat juga aku menjejakkan kaki ke MU(bukan Manchester united atau Manchester city)tapi Manik Urai Kelantan.Banyak kenangan manis yang ku cipta di sana antaranya dapat mengenali ramai muslimat(wanita)yang banyak membantu menggerakkan parti,dapat belajar berkempen(cara menarik undi) dan banyak lagi.Apa yang menarik perhatian aku adalah banner,kain rentang yang terpampang di sepanjang jalan raya,terdapat pelbagai perkataan yang diguna bagi memujuk penyokong.Ada yang berunsurkan janji dari parti umno seperti “Rakyat didahulukan,Manik Urai diutamakan”dan unsur kenyataan bagi pihak pas “ Tok Guru memimpin Manik Urai Berkat”.Adakah ini akan terkota setelah sesuatu pihak menang atau janji hanya tinggal janji.Sehari di Manik Urai sebelum pilihanraya juga menyaksikan betapa rakyat sekitar betul-betul diutamakan,pelbagai bantuan di salurkan baik dari segi barangan,perkhidmatan rawatan ataupun duit,segala permintaan sebaik mungkin akan diusahakan oleh kedua-kedua pihak parti.Aku sendiri menyaksikan banyak jalan-jalan sudah di tar kembali, Orang-orang kenamaan dari pihak parti datang bermesra bersama penduduk kampung(ada juga yang dikhabarkan turut sama menorah getah)Terpaksa melakukan perkara yang tidak pernah sesekali dilakukan hanya untuk melaksanakan misi menawan dun Manik Urai..Hehe..tidak menjadi masalah janji penduduk kampung bolehlah berlagak seperti raja sementara musim pilihanraya kerana apa yang diminta pasti dituruti kerana bimbang hilangnya satu undi untuk mereka.Itulah antara yang dapat dilihat dan ada juga kemusykilan yang timbul di benak fikiran ku iaitu sewaktu perjalanan ke tempat ceramah yang bakal dismpaikan oleh Nizar dan dua lagi penceramah(tidak dapat dikenal pasti daerahnya),aku dihidangkan dengan pemandangan yang menghairankan sepanjang jalan ke sana…mana tidaknya terdapat 2 markaz besar yang dibina pihak polis bagi menempatkan anggota-anggotanya.Aku agak terkejut kerana apakah fungsi kehadiran sebegitu ramai anggota polis disana(gayanya seperti ingin memerangi sesuatu tempat).Tidak hairanlah kalau aku pun asyik terserempak dengan polis sewaktu disana.Ada yang mengkhabarkan jumlah mereka seramai lebih dari 3000 orang dan jika dibahagikan dengan sejumlan 12000 orang penggundi,maka setiap polis dapat mengawasi 4 orang penggundi.Persoalannya perlukan kehadiran dan perkhidmatan mereka disini ataupun mereka lebih diperlukan di tempat lain.Walau bagaimanapun pilihanraya tetap akan berlangsung bagi memilih diantara 2 calon iaitu Tuan Aziz Tuan Mat(ex-pegawai kanan di kesedar) dari pihak UMNO dan Mohd Fauzi Abdullah atupun lebih mesra di panggil Abe Uji seorang peniaga ikan.Sebagai penyokong setai Abe Uji,aku ucapkan selamat bertanding,semoga di beri kemenangan untuk menjadi wakil rakyat di MU.Amin
~PAS DULU,KINI DAN SELAMANYA~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails