Thursday, July 2, 2009

Prihatinkah kita??


Berapa ramaikah di antara kita yang betul-betul ambil kisah tentang halal haram?atau ramai di antara kita hanya memikirkan kelazatan sesuatu makanan daripada mengetahui dari manakah sumber makanan itu di perolehi.Kalau dulu apa yang saya tahu,jika nak membeli sesuatu barang dan ingin memastikan barang yang di beli halal atau haram,lihat lah pada tanda halal yang di pamerkan.Sekarang adakah cara ini masih releven untuk di praktikkan.Bukan ingin mempamerkan rasa tidak percaya pada cop halal yang di keluarkan oleh jakim tetapi sedikit keraguan pada pemberian lesen halal pada para pengeluar produk tertentu. Apa yang saya tahu banyak sijil halal yang di keluarkan pada bukan bumiputera.Adakah mereka ini mengambil berat isu halal haram pada produk yang mereka keluarkan? Bagaimanakah pula dengan isu stunning dalam proses penyembelihan ?Inilah yang menjadi persoalan kita sekarang.

Kita sebagai pengguna islam,timbul juga isu yang mengatakan perlukah kita selidiki sesuatu barangan itu sampai ke akal umbi adakah ia halal dan boleh di gunakan atau sebaliknya.Allah berfirman di dalam surah an-nahl ayat 114 yang bermaksud “makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu dan syukurilah nikmat Allah,jika hanya kepadanya kamu menyembah” .kita disaran memakan makanan halal dari sumber rezeki yang halal,maka apa yang membawa kepada syubhah(kesamaran) pada sesuatu,hendaklah kita tinggalkan.Sekiranya anda merasa ragu pada kesucian dan halalnya sesuatu produk,maka tinggalkan lah.Carilah barangan yang diyakini kesuciannya keluaran umat Islam.

Jika di lihat, kini sudah ramai usahawan bumiputera yang bangkit memperjuangkan produk halal umat islam.Kini terpulang pada kita sebagai pengguna untuk menilainy a atau hanya mendiamkan diri dan mengambil sikap tidak peduli tentang perkara sebegini.Saya yakin rakyat kita bukan begini sikapnya,ini dibuktikan dengan jumlah pembeli yang datang ke pameran halal antarabangsa yang diadakan baru-baru ini.Ini menunjukkan ada di antara kita yang telah membuka mata dan menyahut seruan bahawa mencari yang halal itu fardhu ke atas umat islam.

Di kesempatan ini saya ingin berkongsi sebuah buku halal dan haram yang di terbitkan oleh persatuan pengguna pulau pinang(CAP),satu-satunya persatuan pengguna yang aktif membicarakan isu-isu yang berkaitan dengan pengguna.Mungkin ada di antara kita yang sudah lama menyedari akan kewujudan buku ini di kedai-kedai buku,tapi langsung tidak berminat untuk membacanya.Saya yakin dan percaya belum pun sempat habis membaca buku ini,akan timbul perasaan risau dan bimbang akan pemakanan yang kita amalkan sebelum ini.Semoga buku ini boleh memberi kesedaran kepada kita semua dan mengubah tabiat pemakanan yang diamalkan sebelum ini.Kesimpulannya sebagai umat islam kita perlulah lebih sensitif dengan isu halal dan haram ini demi menjaga kemaslahatan diri dan ummah.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails