Thursday, April 29, 2010
JUSTICE
Akhirnya petang khamis yang berbahagia ini,langkah keyboard+usaha jari jemari aku kembali aktif..apa yang ingin diconteng petang ini yer?aku xde idea sebenarnya..untuk dapatkan idea maka misi ziarah menziarah ke blog sahabat lain bermula..jeng..jeng..
maka inilah outcomenya..justice for aminul rasyid~untuk melihat ulasan dan pandangan blogger-blogger lain,anda boleh klik disini
ak bukan lah ingin mengulas lanjut tentang kejadian ini dan menyatakan siapa yang bersalah kerana semua masih dalam siasatan,cukuplah stesen tv,akhbar-akhbar tempatan dan blogger-blogger lain..ak hanya ingin membuat study tentang kes adik aminul rasyid ini..apa pengajaran yang kita boleh ambil dari kejadian tersebut.
teringat akan kisah nabi yunus yang dilempar ke dalam laut lalu di telan ikan nun~antara kisahnya Hari itu Nabi Yunus marah.lalu pergi meninggalkan kaumnya.Padahal Allah menugaskannya ke sana.Jibril-seperti diriwayatkan Imam Thabari-menyuruh Yunus segera berangkat ke penduduk Ninawa,di wilayah Mosul,sebuah tempat di Iraq.Para penduduk di situ menyembah berhala sehingga azab Allah akan segera diturunkan.Yunus diperintahkan untuk mengingatkan para penduduk tersebut supaya kembali ke jalan yang lurus.
Yunus meminta sebentar untuk mencari kenderaan tunggangannya.Jibril tidak mengizinkan.Kemudian Yunus meminta izin mencari sandalnya.Namun Jibril juga menolak.Maka Yunus pun marah lalu pergi dan menaiki kapal..
Thabari juga meriwayatkan bahawa kapal itu kemudiannya ditimpa badai taufan yang sangat kencang.Orang-orang berkata, "Ini pasti kerana dosa dan kesalahan salah seorang dari kami"
Yunus pun menyerah diri dengan menyatakan bahawa dirinya yang bersalah.Ini kesalahanku,lemparkan aku ke laut,begitulah pengakuan nabi Yunus.
tetapi entah mengapa tiada siapa yang mempercayai dirinya.disebabkan apa mereka enggan percaya.Mungkin kerana Yunus dianggap sebagai orang terpandang,keturunan orang terpandang.Angin terus bertiup kencang dan kapal nyaris tenggelam.
Nabi Yunus sekali lagi menyatakan,dirinya lah yang bersalah dan layak dilempar ke laut agar menyelesaikan masalah.Tetapi mereka tetap tidak percaya.Akhirnya mereka membuat undian.Nama yang terkeluar maka dialah harus di lempar..Subhanallah,kuasa Allah..undian pertama,kedua malah yang ketiga..Yunus lah orangnya.Akhirnya Yunus di bawa ketepi kapal dan disaat itu jugalah seekor ikan besar sedia menanti habuannya.Mulutnya terbuka lebar.Akhirnya Yunus melompat,dan seketika dia telah pun di telan ikan tersebut...
Hari-hari seterusnya adalah hari-hari pengakuan akan kesalahan bagi Nabi Yunus di dalam perut ikan......
~pengajarannya adalah penting bagi kita untuk mengakui kesalahan,meski kesalahan itu tersembunyi,walau tiada siapa yang mengetahui kesalahan yang telah kita lakukan.Memang berat mengakui kesalahan diri sendiri,lebih-lebih lagi bila kita yang melakukan kesalahan itu.
Kesalahan tetap kesalahan.Tidak semua kesalahan kita diketahui orang lain..maka siapa yang sanggup mengaku kesalahannya didepan orang lain?dan yang lebih penting mengaku kesalahannya di depan Allah..tetapi Nabi Yunus telah membuktikannya..Di dalam perut ikan yang gelap,di dasar lautan yang pekat,dia bermunajat dan memohon kepada Allah mengakui kesalahannya.
berbalik kisah adik Aminulrasyid,pelbagai andaian,cerita,berita,tuduhan telah kita dengar..kebenarannya masih belum kita ketahui..keadilan perlu ditegakkan..kebenaran pasti muncul..Siapa juga kita,ahli politik,orang kenamaan,rakyat biasa,para penguasa,blogger-blogger..hanya yang berani,jujur pada diri sendiri,jujur pada Allah yang akan berani mengakui kesalahan diri..lalu memohon ampun...perasaan bersalah itulah pintu pertama untuk memperbaiki diri..~adios...
JUSTICE 4 AMINUL RASYID~al-fatihah
Tuesday, April 27, 2010
Saturday, April 24, 2010
Friday, April 23, 2010
man dies in sujood (MUST SEE!)
pertama kali ak melihat video ni semalam sewaktu bersiar-siar di skrin facebook salah seorang sahabat n pagi tadi video ini juga telah di kongsi oleh ustaz zaharuddin di dalam webnya.
Video memaparkan seorang hamba Allah yang telah dijemput oleh penciptanya setelah usai mengerjakan solat.Subhanallah...sungguh dalam menjalani hidup seharian,dalam memenuhi kehendak keinginan...terselitnya detik-detik kematian..memang kita tidak menyedarinya.
Kita mungkin merasakan hari kita masih panjang,terasa segala kemahuan masih banyak untuk dilunaskan..padahal kita lupa akan ada ajal yang akan mematikan hasrat dan mimpi-mimpi kita itu.
seperti yang di perkata n menurut apa yg ak bca kt web ustaz,kejadiaan ini berlaku pada hari jumaat 1 Jan 2010 dan hamba Allah ini datang awal ke masjid..
ak ingin abadikan video ini dalam blog ak..semoga kita sentiasa mengingati pemupus kenikmatan iaitu mati..semoga bila kematian mendatangi kita,kita dlm keadaan baik n kita tidak tercengang coz kita telah bersedia lebih awal untuk menjadi tetamunya...
Thursday, April 22, 2010
~B.O.S.A.N~
agk terkejut bila melihat confirmation slip ak...jeng..jeng..nak tahu kenape?ne ak tak terkejut selaluny time short semester ak nye jadual sempoi jer..pagi till tghari tapi kali nie....adoya..tgk la
walaupun masih lom puas bercuti,tp ok gak dpt p class..xde la aku bosan sangat kt umah nie..hehe adakah ak xbosan kalo blajar nanti..satu soalan?cnfirm bosan gak..kt umah,keja,chatting,facebook,epi blogging even hepi..tetap ada potensi untuk bosan..memang sudah fitrah manusia kita memang berpotensi untuk bosan..kalau ada pun yang tidak merasa bosan,kecil bilangannya...
walaupun si bosan ni mmg suka singgah dlm hidup kita,bahkan mmg akn singgah lagi pada suatu masa(ko memang xmalu si bosan),kita tetap kena jalani dan lalui..seperti penatnya siang yang harus dilewati untuk menikmati malam yang merehatkan..tol tak?
n yang pasti jgn kita lampiaskan rasa bosan kita itu dengan cara yang tidak betul...
sape yg tak pernah rasa bosan?ada ker perkara yang tidak membosankan?ak memang bersyukur kalo tidak didatangi rasa bosan...apakan daya hidup memang tak sempurna n manusia juga tak sempurna..so,bosan ko memang layak utk membosankan org supaya bosan..he
kalaulah kita xbosan,banyak kerja,amalan,ibadat boleh kita lakukan dgn konsisten..even sampai sekarang aku belum bleh istiqamah dgn blog ak neh..rajin layan la.kalo tak..buang ke tepi..
bagus kiranya berterusan walaupun dlm kuantiti yang sedikit...begitu gak dlm ibadah..xperlu kita berlebih-lebih..coz Allah tidak pernah rasa bosan,sampai kita sendiri yang merasa bosan..buat slow-slow janji berterusan...(nasihat utk diri sendiri..he)
lastly,ak rasa ad yg tak membosankan..ape yer?surga Allah..hehe
tidak akan ada rasa bosan sedikit pon..ayuh we strive for it~lalalala
hehe...disebabkan ak byk gunakan perkataan BOSAN dlm entry ni iaitu sebanyak 2o kali,so entry ni di beri tajuk B.O.S.A.N...tahniah pada cik bosan..anda memang watak utama pada malam ini..
isma adakah ko bosan?yer..aku lampiaskan kebosanan aku dengan mengarut kt sini:)
Wednesday, April 21, 2010
~da red warriors~
ku tujukan lagu ni ikhlas buat kamu sebagai fan team chelsea...
Manchester United football songs lyrics:
Glory, glory, Man United,
Glory, glory, Man United,
Glory, glory, Man United,
And the reds go marching on, on, on.
Just like the Busby Babes in Days gone by
We'll keep the Red Flags flying high
You've got to see yourself from far and wide
You've got to hear the masses sing with pride
United! Man United!
We're the boys in Red and we're on our way to Wem-ber-ly
Wem-ber-ly! Wem-ber-ly!
We're the famous Man United and we're going to Wem-ber-ly
Wem-ber-ly! Wem-ber-ly!
We're the famous Man United and we're going to Wem-ber-ly
In Seventy-Seven it was Docherty
Atkinson will make it Eighty-Three
And everyone will know just who we are
They'll be singing 'Que Sera Sera'
United! Man United!
We're the boys in Red and we're on our way to Wem-ber-ly
Wem-ber-ly! Wem-ber-ly!
We're the famous Man United and we're going to Wem-ber-ly
Wem-ber-ly! Wem-ber-ly!
We're the famous Man United and we're going to Wem-ber-ly
Glory Glory Man United
Glory Glory Man United
Glory Glory Man United
As the Spurs Go Marching On! On! On! (3x)
keep singing till da end..hehe
Wem-ber-ly! Wem-ber-ly!
We're the famous Man United and we're going to Wem-ber-ly
Wem-ber-ly! Wem-ber-ly!
We're the famous Man United and we're going to Wem-ber-ly
We're all going to Wemberly
hidup keseluruhannnya adalah sebagai momentum,utk kebahagiaan dunia n akhirat..so kita kena lihat momentum itu penting,istimewa n berharga.setiap kesempatan itu berharga~
n dat y Umar al-khattab sgt marah org yg mempersiakan hidupnya utk dunia mahupun akhirat..katanya"ssunguhnya aku benci jika melihat salah seorang diantara kamu berpangku tangan tanpa amal baik,amal dunia mahupun amal akhirat".
Memang patut dibenci dan kebencian yang sangat beralasan...
so,gunakanlah setiap kesempatan yang ada utk mencapai matlamat dan impian kita...moga beroleh kejayaan~amin
Tuesday, April 20, 2010
~BE MY 19,099th VISITOR~my first contest...wish me gud luct..
jom la...kowang nak join pom boley...sowi cik hasni,i promote and ramaikan lg saingan u...hehe...xpe kita bersaing secara sihat...rezeki masing-masing,yang penting yakin dengan rezeki Allah...fisrt aku dah letak banner tuan tanah yg anjurkan contest ni kt sebelah..second,ak create la simple entry nie..promote contest beliau sekali dengan blog2x beliau...kowang leh klik sini utk terus ke blog tuan tanah yang baek ati sediakan contest...hehe(owh...tidak..ni bukan pujian tuk ambik hati...he)
untuk keterangan lanjut bleh la kita jalan-jalan kt blog beliau sambil makan angin...dapatkan news baru,panaskan jumlah visitor...hehe...untung-untung boleh jadi visitor yang ke-19 099...hu,aku pom lepas ni,kna la rajin melawat blog tuan tanah...
hehe...wish me n u gud luct....byupbyup
Monday, April 19, 2010
~Nama eng isma....
Nama eng isma…nama hek?Hek deh bo ikenon?perenheg!!!!hehe..bahasa apa aku guna neh?ni lah penangan novel “Bahlut” yang aku baru selesai baca…novel lebih kurang 400 muka surat berjaya aku khatamkan…satu permulaan yang baik bagi aku dan juga bagi sesiapa yang tidak gemar membaca novel…jika sebelum ini aku hanya akan baca beberapa helaian terakhir untuk mengetahui kesudahan sesebuah cerita tanpa bermula dari awal tapi tidak untuk novel karya Faisal Tehrani ini…Faisal Tehrani satu nama yang begitu diminati sahabatku..(ika...lover fan of him) mungkin gaya penulisannya yang membuat pembaca tertarik dengan karya beliau..dan mungkin juga sebab-sebab lain…masakan beliau mendapat anugerah “Penerima Anugerah Seni Negara” kalau karyanya tidak dihargai para pembaca.
Bahlut bukanlah novel pertama karya Faisal Tehrani yang pernah aku baca,sebelum ini aku pernah juga membaca karyanya yang bertajuk “detektif indigo”novel yang menceritakan tentang penyiasat muda yang mempunyai kuasa minda yang luar biasa.Boleh dikatakan aku memang tertarik dan berpuas hati dengan dua buah novel karya beliau tersebut…
Bahlut adalah nama anak orang asli yang aku kira sebagai watak utama novel ini malahan namanya menjadi pilihan sebagai tajuk utama novel ini.Bahlut keturunan suku semai ini adalah anak Tiji dan Embun.Awalnya mengisahkan kehidupan bahlut semasa di kampungnya.Penulis berjaya membawa aku merasai sendiri serba sedikit
Tidak sah kiranya jika sesebuah cerita jika tidak dihiasi dengan konflik atau masalah-masalah yang melanda,begitu juga bahlut.Masalah yang diutarakan penulis begitu rapat dengan fenomena yang benar-benar berlaku pada masyarakat orang asli.Penulis telah membuka mata aku dan juga pembaca-pembaca lain sekira masyarakat orang asli masih lagi dilanda masalah tanah adat.Mereka masih lagi berusaha mempertahan tanah hak milik nenek moyang mereka.Bahlut juga memaparkan masalah pembalak-pembalak haram yang rakus menceroboh tanah adat mereka.Konspirasi yang juga melibatkan beberapa orang penting membuatkan Bahlut menggunakan kuasanya sebagai selebriti dan juga atlet sukan untuk menarik perhatian. Pihak kerajaan bertindak untuk menyiasat kegiatan yang tidak bermoral tersebut.
Disini aku dapat melihat kuasa dan pengaruh seseorang yang berpengaruh dan berkuasa.Atau orang kata “somebody”.Ada betulnya,kini tiada siapa yang ingin mendengar kalau perkara itu diutarakan atau diungkapkan oleh seseorang yang tidak berpengaruh.Kadang-kadang kedudukan dan pangkat kita memainkan peranan penting kerana kuasa orang yang berpengaruh lebih berkesan…
Inilah antara cebisan cerita Bahlut yang ingin aku kongsi.Nak tahu dengan lebih mendalam bolehlah baca novel ciptaan Faisal Tehrani ini…aku pasti pembaca akan di bawa belayar ke kampung Bahlut,menelusuri dunia Bahlut sepanjang pembacaan....terbaik dari Faisal Tehrani dan aku teringin nak membaca novel-novelnya yang lain.Nampaknya aku dah jatuh cinta dengan novel!!!but sure bukan novel cinta…~adios~