Nama eng isma…nama hek?Hek deh bo ikenon?perenheg!!!!hehe..bahasa apa aku guna neh?ni lah penangan novel “Bahlut” yang aku baru selesai baca…novel lebih kurang 400 muka surat berjaya aku khatamkan…satu permulaan yang baik bagi aku dan juga bagi sesiapa yang tidak gemar membaca novel…jika sebelum ini aku hanya akan baca beberapa helaian terakhir untuk mengetahui kesudahan sesebuah cerita tanpa bermula dari awal tapi tidak untuk novel karya Faisal Tehrani ini…Faisal Tehrani satu nama yang begitu diminati sahabatku..(ika...lover fan of him) mungkin gaya penulisannya yang membuat pembaca tertarik dengan karya beliau..dan mungkin juga sebab-sebab lain…masakan beliau mendapat anugerah “Penerima Anugerah Seni Negara” kalau karyanya tidak dihargai para pembaca.
Bahlut bukanlah novel pertama karya Faisal Tehrani yang pernah aku baca,sebelum ini aku pernah juga membaca karyanya yang bertajuk “detektif indigo”novel yang menceritakan tentang penyiasat muda yang mempunyai kuasa minda yang luar biasa.Boleh dikatakan aku memang tertarik dan berpuas hati dengan dua buah novel karya beliau tersebut…
Bahlut adalah nama anak orang asli yang aku kira sebagai watak utama novel ini malahan namanya menjadi pilihan sebagai tajuk utama novel ini.Bahlut keturunan suku semai ini adalah anak Tiji dan Embun.Awalnya mengisahkan kehidupan bahlut semasa di kampungnya.Penulis berjaya membawa aku merasai sendiri serba sedikit
Tidak sah kiranya jika sesebuah cerita jika tidak dihiasi dengan konflik atau masalah-masalah yang melanda,begitu juga bahlut.Masalah yang diutarakan penulis begitu rapat dengan fenomena yang benar-benar berlaku pada masyarakat orang asli.Penulis telah membuka mata aku dan juga pembaca-pembaca lain sekira masyarakat orang asli masih lagi dilanda masalah tanah adat.Mereka masih lagi berusaha mempertahan tanah hak milik nenek moyang mereka.Bahlut juga memaparkan masalah pembalak-pembalak haram yang rakus menceroboh tanah adat mereka.Konspirasi yang juga melibatkan beberapa orang penting membuatkan Bahlut menggunakan kuasanya sebagai selebriti dan juga atlet sukan untuk menarik perhatian. Pihak kerajaan bertindak untuk menyiasat kegiatan yang tidak bermoral tersebut.
Disini aku dapat melihat kuasa dan pengaruh seseorang yang berpengaruh dan berkuasa.Atau orang kata “somebody”.Ada betulnya,kini tiada siapa yang ingin mendengar kalau perkara itu diutarakan atau diungkapkan oleh seseorang yang tidak berpengaruh.Kadang-kadang kedudukan dan pangkat kita memainkan peranan penting kerana kuasa orang yang berpengaruh lebih berkesan…
Inilah antara cebisan cerita Bahlut yang ingin aku kongsi.Nak tahu dengan lebih mendalam bolehlah baca novel ciptaan Faisal Tehrani ini…aku pasti pembaca akan di bawa belayar ke kampung Bahlut,menelusuri dunia Bahlut sepanjang pembacaan....terbaik dari Faisal Tehrani dan aku teringin nak membaca novel-novelnya yang lain.Nampaknya aku dah jatuh cinta dengan novel!!!but sure bukan novel cinta…~adios~
Alhamdulillah Isma turut meminati Faisal Tehrani juga nampaknya.. :)
ReplyDeleteLagi sorng penulis best,ISA KAMARI..
sama lah kita, novel cinta ni ssh skit kecuali beberapa novel cinta terpilih sahaja..hiiihii
haha...
ReplyDeletepengaruh kuat dari ika..
sya,mklong n c.ada borong novel beliau jer ari2 time buk fair..
nak tnggu kamu ulas psal "bahlut" neh
bace ler cepat smpai abes..
baru hbs Ketupat Cinta nga Bedar Sukma Bisu..
ReplyDeleteBedar Sukma bisu x leh nok ulas..ehmm ada masalah skit sy nga buku tuh..huuu ado cinta2..ahaks...
wah semua sudah mula baca Faisal Tehrani...Alhamdulillah...sgt3
lo ni duk baca Rawa Isa Kamari..
ehmm Bahlut..lps Rawa bekali..ado doh bukok2 hari tuh..tp x bc perabis lg..huu
hehe...xkisahla hok mana pom janji abes baca wat ulasan..haha...ari2 sya beli gak novel karya azizi title "beruk" bez gak..hehe..
ReplyDelete