Thursday, April 29, 2010

JUSTICE

Salam...setelah seminggu langkah terhenti..bukan terhenti aku kira tetapi berehat buat seketika..dengan ketiadaan broadband,kelas arab dari pagi sampai petang,wireless kt bilik yg betul-betul menguji kesabaran..maka aku menyepi..hehe

Akhirnya petang khamis yang berbahagia ini,langkah keyboard+usaha jari jemari aku kembali aktif..apa yang ingin diconteng petang ini yer?aku xde idea sebenarnya..untuk dapatkan idea maka misi ziarah menziarah ke blog sahabat lain bermula..jeng..jeng..



maka inilah outcomenya..justice for aminul rasyid~untuk melihat ulasan dan pandangan blogger-blogger lain,anda boleh klik disini

ak bukan lah ingin mengulas lanjut tentang kejadian ini dan menyatakan siapa yang bersalah kerana semua masih dalam siasatan,cukuplah stesen tv,akhbar-akhbar tempatan dan blogger-blogger lain..ak hanya ingin membuat study tentang kes adik aminul rasyid ini..apa pengajaran yang kita boleh ambil dari kejadian tersebut.

teringat akan kisah nabi yunus yang dilempar ke dalam laut lalu di telan ikan nun~antara kisahnya Hari itu Nabi Yunus marah.lalu pergi meninggalkan kaumnya.Padahal Allah menugaskannya ke sana.Jibril-seperti diriwayatkan Imam Thabari-menyuruh Yunus segera berangkat ke penduduk Ninawa,di wilayah Mosul,sebuah tempat di Iraq.Para penduduk di situ menyembah berhala sehingga azab Allah akan segera diturunkan.Yunus diperintahkan untuk mengingatkan para penduduk tersebut supaya kembali ke jalan yang lurus.

Yunus meminta sebentar untuk mencari kenderaan tunggangannya.Jibril tidak mengizinkan.Kemudian Yunus meminta izin mencari sandalnya.Namun Jibril juga menolak.Maka Yunus pun marah lalu pergi dan menaiki kapal..

Thabari juga meriwayatkan bahawa kapal itu kemudiannya ditimpa badai taufan yang sangat kencang.Orang-orang berkata, "Ini pasti kerana dosa dan kesalahan salah seorang dari kami"
Yunus pun menyerah diri dengan menyatakan bahawa dirinya yang bersalah.Ini kesalahanku,lemparkan aku ke laut,begitulah pengakuan nabi Yunus.

tetapi entah mengapa tiada siapa yang mempercayai dirinya.disebabkan apa mereka enggan percaya.Mungkin kerana Yunus dianggap sebagai orang terpandang,keturunan orang terpandang.Angin terus bertiup kencang dan kapal nyaris tenggelam.

Nabi Yunus sekali lagi menyatakan,dirinya lah yang bersalah dan layak dilempar ke laut agar menyelesaikan masalah.Tetapi mereka tetap tidak percaya.Akhirnya mereka membuat undian.Nama yang terkeluar maka dialah harus di lempar..Subhanallah,kuasa Allah..undian pertama,kedua malah yang ketiga..Yunus lah orangnya.Akhirnya Yunus di bawa ketepi kapal dan disaat itu jugalah seekor ikan besar sedia menanti habuannya.Mulutnya terbuka lebar.Akhirnya Yunus melompat,dan seketika dia telah pun di telan ikan tersebut...

Hari-hari seterusnya adalah hari-hari pengakuan akan kesalahan bagi Nabi Yunus di dalam perut ikan......

~pengajarannya adalah penting bagi kita untuk mengakui kesalahan,meski kesalahan itu tersembunyi,walau tiada siapa yang mengetahui kesalahan yang telah kita lakukan.Memang berat mengakui kesalahan diri sendiri,lebih-lebih lagi bila kita yang melakukan kesalahan itu.

Kesalahan tetap kesalahan.Tidak semua kesalahan kita diketahui orang lain..maka siapa yang sanggup mengaku kesalahannya didepan orang lain?dan yang lebih penting mengaku kesalahannya di depan Allah..tetapi Nabi Yunus telah membuktikannya..Di dalam perut ikan yang gelap,di dasar lautan yang pekat,dia bermunajat dan memohon kepada Allah mengakui kesalahannya.

berbalik kisah adik Aminulrasyid,pelbagai andaian,cerita,berita,tuduhan telah kita dengar..kebenarannya masih belum kita ketahui..keadilan perlu ditegakkan..kebenaran pasti muncul..Siapa juga kita,ahli politik,orang kenamaan,rakyat biasa,para penguasa,blogger-blogger..hanya yang berani,jujur pada diri sendiri,jujur pada Allah yang akan berani mengakui kesalahan diri..lalu memohon ampun...perasaan bersalah itulah pintu pertama untuk memperbaiki diri..~adios...

JUSTICE 4 AMINUL RASYID~al-fatihah

1 comment:

  1. ermm..
    btul tu isma.
    mmg susah nk mengakui kesalahan diri sndri..
    tp kite kena sedar la sape kita..
    kalo da salah, salah la..megaku je la kn..
    tp mnusia skrg da susah isma..msg2 ego..xpn xnk mgku sbb xde ase tggjwb..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails