Thursday, November 26, 2009

tarb!ah disebalik ibadat korban


Hari ini 25 november 09 bersamaan 8 zulhijjah 1430 h,bermakna hanya tinggal satu hari saja lagi kita akan menyambut hari raya korban iaitu hari raya ke-2 umat islam selain hari raya aidilfitri..
Mugkin disebabkan aku masih lagi di Kuala Lumpur,suasana menjelangnya hari raya tidak begitu terasa disini...tidak sabar rasanya nak pulang ke rumah,insyaallah hari ini aku akan berangkat pulang,walaupun musim tengkujuh datang bertandang namun korban tetap akan dilaksanakan...
kalau kita aware..sebenarnya kita sekarang berada di hari yang sangat istimewa dimana hari yang disukai Allah.Allah ada berfirman di dalam surah al-fajr ayat pertama yang berbunyi:

"Demi fajar dan hari-hari sepuluh"(al-fajr:1)

Nabi juga ada menyebut bahawa "Tiada hari-hari yang lebih di sukai Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini"(Riwayat Al-Bukhari)

Antara amalan-amalannya ialah:

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)

Sebuah hadis menyebut :

ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

(sumber amalan-amalan di petik daripada uzar)

Jika Allah menyukai hambanya memperbanyakkan amalan pada sepuluh hari,maka kita sekarang berada pada detik akhir hari-hari tersebut...Bersama-sama lah kita berpuasa pada esok hari 9 zulhijjah (hari Arafah)kerana esok adalah hari terbaik untuk berpuasa bagi kita yang tidak mengerjakan haji.

Bayangkanlah,jika 2 insan mulia di sisi Allah bisa berkorban,Ibrahim rela mengiorbankan anak kandungnya, Ismail rela mengorbankan jiwanya demi melaksanakan perintah Allah apakah kita tidak rela berkorban demi mendekatkan diri dan meraih redhanya..Selamat Menyambut Hari Raya Korban& Happy Eid Adha



Sunday, October 25, 2009

Keralitan Meniti batas-batas hari…..


Keralitan Meniti batas-batas hari…..

Dalam kesibukan meniti batas-batas hari di kampus sebagai seorang mahasiswi,tanpa di sedari ak akan menjalani exam final tidak lama lagi..Bebanan quiz,assingnment,presentation yang sering menunggu sudah cukup membuat ak rasa tertekan,boleh dikatakan “hypertension”sedang melanda diri…tapi bila difikirkan balik inilah realiti seorang student,tidak boleh lari dari segala tugasan yang di amanahkan.Exam yang bakal kami hadapi hanyalah ibarat ‘medan pertempuran kecil’ .Adakah kami sudah bersedia untuk bertempur dalam medan ujian ini?
Benarlah ada yang mengatakan bahawa seorang yang ingin mewarisi kecemerlangan perlu menanamkan sifat-sifat yang membawanya ke puncak kejayaan.Bukanlah kerja yang sia-sia yang membuat kita Berjaya,oleh itu,demi masa,setiap detik dalam kehidupan kita adalah amat berharga dan tidak sepatutnya dipersiakan.Hentikanlah perbuatan yang sia-sia dan tumpukan sepenuh masa dan tenaga berjuang untuk final exam.Ingatlah selagi belum menarinya pena pen menjawab paper exam selagi itulah kita mempunyai masa untuk memburu kecemerlangan yang kita impi-impikan.
Jangan jemu untuk membaca,jangan merasa bosan mengulangkaji dan jangan muak untuk membuat latihan kerana segala yang pahit pada hari ini pasti akan menjadi manis apabila kejayaan sudah berada dalam gengaman.Tidak dinafikan dalam merentasi jalan kecemerlangan kita sudah pasti di hadapkan dengan pelbagai cubaan dan dugaan…rasa malas untuk study,baik aku tidur dari belajaranggap semua itu adalah sunnah dalam perjuangan.Bukan senang untuk senang tapi kita juga perlu di ingat bukan susah untuk senang.Semuanya terletak pada diri kita.
Ayuh kita kembalikan semangat untuk meraih kejayaan yang paling manis untuk dikenang.Ingat dan kenangilah harapan mak dan abah.Pohonlah restu mak dan abah sebelum melangkah ke medan juang ini,semoga doa mereka memberkati usaha kita untuk mencapai kecemerlangan.Jangan juga dilupa pada pemilik mutlak kejayaan,doa dan harapan semoga usaha kita diperkenankan dan di kurniakan kejayaan.Amin.

~Good luck and all the best for becoming final exam to all my beloved friends. Our triumph and success is dedicate to ISLAM~

Friday, October 23, 2009

Kisah Kepompong kupu-kupu

Kisah Kepompong kupu-kupu

Seseorang menemukan kepompong kupu-kupu.Suatu hari lubang kecil muncul dari kepompong tersebut.Orang itu duduk dan mengamati dalam beberapa jam ketika kupu-kupu itu berjuang memaksa dirinya melewati lubang tersebut.Kemudia kupu-kupu itu berhenti membuat kemajuan.Kelihatannya kupu-kupu itu telah berusaha semampunya dan dia tidak boleh lebih jauh lagi.Akhirya orang tersebut memutuskan untuk membantunya,lalu dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.Akhirnya kupu-kupu itu keluar dengan mudahnya.Namun,kupu-kupu itu mempunyai tubuh gembung dan kecil serta sayap-sayapnya mengkerut.Orang tersebut mengamatinya kerana dia berharap bahawa pada suatu saat sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu yang mungkin akan berkembang.Namun semuanya tidak terjadi.Kenyataannya kupu-kupu itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak dengan tubuh gembung dan sayap-sayap mengkerut.Kupu-kupu itu tidak boleh terbang.Yang tidak difahami dari kebaikan orang tersebut adalah bahawa kepompong yang menghambat dan perjuangan yang diperlukan kupu-kupu untuk melalui lubang kecil adalah kerana ketentuan Allah untuk memaksa cairan dari kupu-kupu itu masuk ke dalam sayap-sayapnya sedemikian rupa sehingga dia akan boleh terbang dan peroleh kebebasan dari kepompong tersebut.

~Iktibar~

Mesti ramai diantara kita sering terdengar atau terbaca akan kisah kepompong kupu-kupu ini,Maha suci Allah akan segala penciptaan dan ketentuannya.Apa yang boleh kita ambil iktibar dari kisah ini adalah perjuangan…kadang-kadang perjuangan adalah perkara yang kita perlukan dalam hidup ini.Jika Allah biarkan hidup kita sunyi tanpa hambatan,kesusahan,keperitan,dugaan…mungkin itu akan melumpuhkan kita.Kita mungkin tidak sekuat yang semestinya kita mampu.Kita tidak pernah mungkin dapat mencapai kejayaan dan kebahagian,dan mungkin juga rama-rama tidak dapat terbang dengan sayapnya.



Wednesday, August 19, 2009

Bulan Tawaran Mega Khas untuk kita semua…..

Bulan Tawaran Mega Khas untuk kita semua…..
Bila terdengar perkataan “tawaran hebat” “jualan runtuh” mesti ramai yang berminat untuk memenuhi pusat jualan yang menawarkan promosi tersebut.Maka berpusu-pusulah yang membajiri pasaraya-pasaraya yang dikatakan ada jualan murah itu.Itu semua adalah nikmat dunia yang sementara.Adakah kita menyedari dan berfikir bahawa Allah SWT juga ada menawarkan tawaran hebat bagi umat manusia?Allah yang maha pengasih lagi maha penyanyang dengan murah hatinya memberi tawaran mega special kepada kita umat islam,tawaran ini bukan hanya untuk beberapa hari atau seminggu bahkan dibuka selama sebulan sepanjang bulan ramadhan.Bulan barakah dimana setiap amal ibadah kita di beri ganjaran pahala gandaan seribu bulan.Bagi kita yang masih di beri kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan yang hanya beberapa hari lagi…Panjatkan kesyukuran kita padaNYA kerana Allah masih lagi sudi menjemput kita untuk merebut tawaran ini sebagai tamu NYA,mendekatkan diri kepadanya…..Berbanyakkan amalan…Apa!!Tunggu Ramadhan tahun depan?Ada peluang lagi ke?Entah esok atau sekejap lagi Izrail akan datang menjenguk kita…Nauzubillah.

Hadirmu kunanti….
Ku sambutnya dengan penuh kesyukuran

Tuesday, July 14, 2009

Aku, MU dan …
Menjelang pilihanraya kecil dun manik urai 14 julai yang akan berlangsung beberapa jam saja lagi dan beberapa ketika nantilah penduduk MU akan menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat(wakil yang akan membawa suara mereka ke dewan rakyat),wakil yang dikatakan mempertahankan hak rakyat dan bukannya menganiaya rakyat.Terpulang kepada mereka untuk memilih. Saat dan ketika ini aku sudah pun berada di bumi uia untuk meneruskan perjuangan(belajar) dan setelah seharian melalui proses add n drop subjek(waktu yang akan selalu ditempoh ketika berada disini…hehe),walaupun jasadku berada di sini,tapi pikiran dan hati ku masih di qlate,alangkah bahagia kalau dapat menyaksikan sendiri suasana malam pilihanraya yang selalunya meriah dan gamat dengan pesta bendera,aksi-aksi penduduk dan acara-acara yang diadakan sebelum tibanya hari pengundian.Sebenarnya aku sempat bertandang di MU sebanyak tiga kali sebelum ini.Walaupun agak terkilan kerana tidak dapat turut serta pada hari penamaan calon,bukan apa aku ditinggal mak dan aboh kerana bangun lewat pada hari kejadian… akhirnya pada pagi khamis dapat juga aku menjejakkan kaki ke MU(bukan Manchester united atau Manchester city)tapi Manik Urai Kelantan.Banyak kenangan manis yang ku cipta di sana antaranya dapat mengenali ramai muslimat(wanita)yang banyak membantu menggerakkan parti,dapat belajar berkempen(cara menarik undi) dan banyak lagi.Apa yang menarik perhatian aku adalah banner,kain rentang yang terpampang di sepanjang jalan raya,terdapat pelbagai perkataan yang diguna bagi memujuk penyokong.Ada yang berunsurkan janji dari parti umno seperti “Rakyat didahulukan,Manik Urai diutamakan”dan unsur kenyataan bagi pihak pas “ Tok Guru memimpin Manik Urai Berkat”.Adakah ini akan terkota setelah sesuatu pihak menang atau janji hanya tinggal janji.Sehari di Manik Urai sebelum pilihanraya juga menyaksikan betapa rakyat sekitar betul-betul diutamakan,pelbagai bantuan di salurkan baik dari segi barangan,perkhidmatan rawatan ataupun duit,segala permintaan sebaik mungkin akan diusahakan oleh kedua-kedua pihak parti.Aku sendiri menyaksikan banyak jalan-jalan sudah di tar kembali, Orang-orang kenamaan dari pihak parti datang bermesra bersama penduduk kampung(ada juga yang dikhabarkan turut sama menorah getah)Terpaksa melakukan perkara yang tidak pernah sesekali dilakukan hanya untuk melaksanakan misi menawan dun Manik Urai..Hehe..tidak menjadi masalah janji penduduk kampung bolehlah berlagak seperti raja sementara musim pilihanraya kerana apa yang diminta pasti dituruti kerana bimbang hilangnya satu undi untuk mereka.Itulah antara yang dapat dilihat dan ada juga kemusykilan yang timbul di benak fikiran ku iaitu sewaktu perjalanan ke tempat ceramah yang bakal dismpaikan oleh Nizar dan dua lagi penceramah(tidak dapat dikenal pasti daerahnya),aku dihidangkan dengan pemandangan yang menghairankan sepanjang jalan ke sana…mana tidaknya terdapat 2 markaz besar yang dibina pihak polis bagi menempatkan anggota-anggotanya.Aku agak terkejut kerana apakah fungsi kehadiran sebegitu ramai anggota polis disana(gayanya seperti ingin memerangi sesuatu tempat).Tidak hairanlah kalau aku pun asyik terserempak dengan polis sewaktu disana.Ada yang mengkhabarkan jumlah mereka seramai lebih dari 3000 orang dan jika dibahagikan dengan sejumlan 12000 orang penggundi,maka setiap polis dapat mengawasi 4 orang penggundi.Persoalannya perlukan kehadiran dan perkhidmatan mereka disini ataupun mereka lebih diperlukan di tempat lain.Walau bagaimanapun pilihanraya tetap akan berlangsung bagi memilih diantara 2 calon iaitu Tuan Aziz Tuan Mat(ex-pegawai kanan di kesedar) dari pihak UMNO dan Mohd Fauzi Abdullah atupun lebih mesra di panggil Abe Uji seorang peniaga ikan.Sebagai penyokong setai Abe Uji,aku ucapkan selamat bertanding,semoga di beri kemenangan untuk menjadi wakil rakyat di MU.Amin
~PAS DULU,KINI DAN SELAMANYA~

Sunday, July 5, 2009

sur@t cint@


tenangkan hati dengan alunan suci al-quran
donlod juzuk amma by adik muhammad al-hafiz

Thursday, July 2, 2009

Prihatinkah kita??


Berapa ramaikah di antara kita yang betul-betul ambil kisah tentang halal haram?atau ramai di antara kita hanya memikirkan kelazatan sesuatu makanan daripada mengetahui dari manakah sumber makanan itu di perolehi.Kalau dulu apa yang saya tahu,jika nak membeli sesuatu barang dan ingin memastikan barang yang di beli halal atau haram,lihat lah pada tanda halal yang di pamerkan.Sekarang adakah cara ini masih releven untuk di praktikkan.Bukan ingin mempamerkan rasa tidak percaya pada cop halal yang di keluarkan oleh jakim tetapi sedikit keraguan pada pemberian lesen halal pada para pengeluar produk tertentu. Apa yang saya tahu banyak sijil halal yang di keluarkan pada bukan bumiputera.Adakah mereka ini mengambil berat isu halal haram pada produk yang mereka keluarkan? Bagaimanakah pula dengan isu stunning dalam proses penyembelihan ?Inilah yang menjadi persoalan kita sekarang.

Kita sebagai pengguna islam,timbul juga isu yang mengatakan perlukah kita selidiki sesuatu barangan itu sampai ke akal umbi adakah ia halal dan boleh di gunakan atau sebaliknya.Allah berfirman di dalam surah an-nahl ayat 114 yang bermaksud “makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu dan syukurilah nikmat Allah,jika hanya kepadanya kamu menyembah” .kita disaran memakan makanan halal dari sumber rezeki yang halal,maka apa yang membawa kepada syubhah(kesamaran) pada sesuatu,hendaklah kita tinggalkan.Sekiranya anda merasa ragu pada kesucian dan halalnya sesuatu produk,maka tinggalkan lah.Carilah barangan yang diyakini kesuciannya keluaran umat Islam.

Jika di lihat, kini sudah ramai usahawan bumiputera yang bangkit memperjuangkan produk halal umat islam.Kini terpulang pada kita sebagai pengguna untuk menilainy a atau hanya mendiamkan diri dan mengambil sikap tidak peduli tentang perkara sebegini.Saya yakin rakyat kita bukan begini sikapnya,ini dibuktikan dengan jumlah pembeli yang datang ke pameran halal antarabangsa yang diadakan baru-baru ini.Ini menunjukkan ada di antara kita yang telah membuka mata dan menyahut seruan bahawa mencari yang halal itu fardhu ke atas umat islam.

Di kesempatan ini saya ingin berkongsi sebuah buku halal dan haram yang di terbitkan oleh persatuan pengguna pulau pinang(CAP),satu-satunya persatuan pengguna yang aktif membicarakan isu-isu yang berkaitan dengan pengguna.Mungkin ada di antara kita yang sudah lama menyedari akan kewujudan buku ini di kedai-kedai buku,tapi langsung tidak berminat untuk membacanya.Saya yakin dan percaya belum pun sempat habis membaca buku ini,akan timbul perasaan risau dan bimbang akan pemakanan yang kita amalkan sebelum ini.Semoga buku ini boleh memberi kesedaran kepada kita semua dan mengubah tabiat pemakanan yang diamalkan sebelum ini.Kesimpulannya sebagai umat islam kita perlulah lebih sensitif dengan isu halal dan haram ini demi menjaga kemaslahatan diri dan ummah.


~sH@re~


anda bosan?tension? di sini saya ada sediakan satu games untuk di kongsi..pada sesiapa yang teringin dan bercita-cita nak jadi penternak ayam,boleh lah asah bakat anda yang terpendam dengan bermain permainan ni....


Wednesday, July 1, 2009

N@k w@t bLog??


salam,kepada begginer yang ingin memiliki blog tetapi tidak mengetahui cara yang senang untuk memilikinya,di sini saya uploadkan e-book yang di tulis oleh ikhtiaruddin mohd yasim untuk rakan-rakan mempelajari cara yang senang memiliki blog peribadi dengan mudah dan tanpa sebarang bayaran...~selamat membaca~


Monday, June 29, 2009

~iLMu~

TUTORIAL~GOOD INFO~
All the tutorial below uploaded by crazystudent00 @t syok.org,ako copy and paste sebahagian darinya yang berkenan dihati aku…sesape leh ler baca untuk menambahkan ilmu di dada…layan


TUNJUK FAVOURITE NAME KORANG KAT WINDOWS TASKBAR


DEKAT windows XP, korang boleh display favourite name korang atau apa2 perkataan kat windows tasbar kat sebelah JAM tu (kat kiri bawah dkt ngan ICON TRAY) korang boleh show kawan2 dan buat diorang TERKEJUT!


FOLLOW STEP2 ni utk DISPLAY favourite WORD/NAME kat windows taskbar :-

untuk gune trick ni... korang kene log sebagai admin kat pc masing2...

1) tekan windows start button then click CONTROL PANEL option... (start>setting>control panel)

2) Pilih Regional and Language Option.. (ragional option tab> customize> time)


SEBAGAI CONTOH.. ak nak nama CRAZYSTUDENT utk di display kan...

type satu nama utk TIME SYMBOLS :-
AM Symbol: CRAZYSTUDENT
PM Symbol: CRAZYSTUDENT


CLICK APPLY and APPLY again....
SEKARANG TENGOK KAT JAM KORANG TU.... kan ada nama tu!!!



START PC KORANG LAJU GILER tapi bukan gune cara HIBERNATE.. 100% EFFECTIVE dan TIDAK BERBAHAYA!

CARA-CARAnyer....
First click START BUTTON then run
pastu type regedit
PRESS r enter
ni akan bukak REGISTERY EDITOR....
pastu... tgk key ni....:-

HKEY_LOACAL_MECHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Contr ol\ContentIndex


ada kan??
kat situ, cari key yg namenye... :-
"Startup Delay"
click 2 kali kat situ...
now where its base...
CLICK DECIMAL...
sekarang... default value ialah 4800000
change value ke 40000....
HERE U GO!!!!
U HAVE JUZ DONE IT!!!
>>>>>>>CLOSE the registery editor and RESTART!!!



MACAM NE NAK REMOVE VIRUS DARI USB DRIVE???

Salah satu cara macam ne VIRUS boleh jangkit ke PC korang adalah melalui USB/PENDRIVE... COMMON VIRUSES macam "ravmon" ngan "newfolder.exe" di spread kan melalui USB... BOLEH dikatakan SEMUA antivirus x leh detect diorang ni sebagai virus dan kalau boleh pon...akan ada masalah untuk delete atau quarantine... Ni antara langkah macam ne nak remove VIRUSES ni dari USB/PENDRIVE korang.....


Bile korang plug USB ke PC korang... windows yg sama macam ni akan keluar kan?
[IMG]file:///C:/DOCUME%7E1/sriram/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot.jpg[/IMG] JANGAN TEKAN OK!!! pilih je CANCEL udahh.... bukak commands prompt dengan type cmd kat run box... then kat CMD tu taip r, the drive letter: and press ENTER!
sekarang taip ni........

dir /w/a AND PRESS ENTER!


Ni akan display list of files dalam pendrive tu... CHECK kot2 ada file2 ni ada ke x.... :-

* Autorun.inf
* Ravmon.exe
* New Folder.exe
* or any other exe file which may be suspicious.



Kalau ada salah satu bende2 ni, maknenye USB korang INFECTED! kat cmd, taip -r -a -s -h *.* then PRESS ENTER...!
This will remove the Read Only, Archive, System and hidden file attribute from all the files......
Sekarang delete file tu ngan gunekan cmd filename..., EXAMPLE delete ravmon.exe ! DELETE ALL FILES THAT R SUSPICIOUS! Untuk selamat...scan USB tu kat AV utk tgk FREE OR VIRUS ke atau sebaliknyer...
Sekarang CABUT USB tu then PLUG lagi....
Dalam banyak kes.. da real culprit bertukar jadi "autorun.inf" ...yg mana kebanyakan gets executed bile seseorang clicks Ok dekat dialog window yg keluar....JADI??? INFECTION akan spread r....


Lepas ni.. pg *:\WINDOWS\Prefetch folder ... kat sana cube cari *.ps files(* may be autorun or New folder.exe etc) if any..if ada... DELETE JE MEREKA TU!!!



TINGKATKAN KELAJUAN HARD DISK WINDOWS (100% SAFE AND TIADA SOFTWARE DIPERLUKAN)


Jika kamu nak tingkatkan dan optimiskan kelajuan HARD DISK I/0, juz FOLLOW these steps ok?? Dengan ikut langkah2 ni, korang akan tingkatkan kelajuan HD korang (bergantung kepada manufacture dan spesifikasi, tanpi TAK RUGI KAN KALAU MENCUBE??)


IN ANY CASE, ia takkan membahayakan system korang, jadi TRY ok?

STEPS :-

1) Run SYSEDIT.EXE dariapada START run command
2) Expand system kat fail window
3) Scroll down sampai r akhir2 file tu sampai korang jumpe line [386enh]
4) ENTER untuk masuk blank line, and kat line tu taip Irq14=4096 (This line IS CASE SENSITIVE)
5) Click kat file menu and CLICK SAVE
6) Tutup SYSEDIT and REBOOT komputer...
7) Restart WINDOWS...


PENINGKATAN KELAJUAN BOLEH DILIHAT SELEPAS SYSTEM REBOOTs. SEBARANG APPLIKASI ATAU SOFTWARE BOLEH DIGUNEKAN UNTUK CHECK PENINGKATAN....



Can't see Hidden files/folders in Computer ?

KALAU KORANG X LEH NAMPAK HIDDEN FILES / FOLDERS EVEN KORANG ENABLE OPTION "Show hidden files/folders" KAT "Tools -> Folder Options", DIA AKAN TEROTOTMATIK DISABLED BLEK.......


SOLUTION PERTAMA

1) Pegi start menu then click run and enter registry editor dengan type REGEDIT the press OK

2) DAH ada kat sana... pg sini : HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\Curr entVersion\Explorer\Advanced\F older\Hidden\SHOWALL

3) DELETE value kat CheckedValue (Its type should be REG_SZ and data should be 0 or 1.)

4) Create DWORD value yg baru yg dipanggil CheckedValue (sama je macam kat atas EXCEPT the type is REG_DWORD), dengan klik kanan kat right pane->New->DWORD Value. Modify the value data to 1 (0x00000001).


SOLUTION KEDUA

1) PEGI REGEDIT then go to : HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\Curre ntVersion\Explorer\Advanced

2) In right-side panel, TUKAR value "Hidden" kepada macam ni :-

1 - To show hidden file
2 - To not show hidden files

KAlAU X BERJAYA... SCAN PC KORANG NGAN AV YG HEBAT!!!

Display or Hide Icons in control Panel

[img]HAI...KALI NI SAYA PROVIDE TUTORIAL MACAM NEN AK HIDE @ DISPLAY FILE ICON KAT CONTROL PANEL... contohnye korang nak HIDE Add and Remove icon... JUZ IKUT LANGKAH2 MUDAH ni...


1) GO TO START > RUN > type REGEDIT > PRESS ENTER
2) dekat Registry Editor window, cara path yg macam ni :- HKEY_CURRENT_USER\Control Panel\don’t load
3) Click kat "dont load" folder and select New > StringValue
4) Namakan StringValue yg diCreate tu kepad Control Panel Icon yg korang nak HIDE kan...
5) Contohnye r... saya nak nyorokkan icon, Add and Remove Programs Option, saya kena namakan StringValue kepada appwiz.cpl .
6) KENE INGAT!!! (Each String Value name is specific and varies with the Control Panel icon)
7) Double click on appwiz.cpl .
8) Taip YES untuk HIDE Add and Remove Programs Option Icon, then click OK....
9) Sekarang BUKAK balek CONTROL panel.. Remove/Add Programs Option icon da ilang...!!!
10) In case kalau korang nak adakan balek icon tu, JUZ type NO instead of YES kat ValueData dialog.....



How Long Has Your System Been Running


HAH! Kali ni saya nak ajar kamu semua macam ne nak check system pc korang dah berapa lama hidup....! SENANG JE KALI NI... X SAMPAI SEMINIT!!!


LANGKAH-LANGKAH (BABY STEPS maybe..:
Macam ne nak verify system uptime..?

1) Click START > RUN > type cmd utk bkk command prompt
2) kat prompt window, taip "systeminfo" tanpa pembuka dan pengakhir kata...
3) Scroll ke bawah mouse korang tu... sampai r korang jumpe line ni "system uptime"
4) Bende ni akan bagi tau tempoh pengoperasian system korang dalam hari, jam, minit , dan saat....!

IMPORTANT NOTE : "that this command only works in XP Pro, not in XP Home. You can, however, type net statistics workstation at the
prompt in Home"



LOCK YOUR DESKTOP


BABY TRICK ONE:-

1) Create shortcut kat desktop
2) ENTER 'rundll32.exe user32.dll,LockWorkStation' kat location field
3) NAMAKAN shortcut tu apa2 je yg korang nak contohnye ABC
4) JUZ double click kat shortcut tu
5) NOW, ur computer will be instantly LOCKED!



BABY TRICK TWO:-

1) The Windows key + L also does the same thing
AND THEN TO UNLOCK CLICK ON UR ACCOUNT NAME.....



MACAM NE NAK MEMPERMAINKAN KEYLOGGERS?

Dewasa ni (gelabah gler ayat ni), AGENTS memang spy korang selalo di mana2, kat sekolah, kolej, university, matriks, or kat tempat kerje... Jadi, bile2 r kalo korang TERASA yg korang logged sedangkan x de pon.. (kirenye ada orang laen gne ID or PASS korang r tu..) then gune cara ni...



BABY FOOLING TRICKS :-

1) OK, bile2 kalau korang KENE type pass ngan USERNAME kat pc tu kan (atau mana2), JANGAN tulis pass ngan username korang tu SEKALI TERUS...(kirenye juz type macam biasa, then enter!)

2) OK, contohnye password korang STUDENT, korang kene taip DEN, then move cursor korang pada "pangkal" password korang tu (yg korang TENGAH type), then letak STU.... (GUNE MOUSE)

3) Then, move cursor ke akhir pass (juge yg korang TENGAH taip), then tekan T....

4) Kalau fikir logik nye, YEPZ memang korang dah tulis STUDENT sebagai password...

5) TAPI! KEYLOGGERS akan record keystrokes korang sebagai DENSTUT... (tapi yg senanye korang taip STUDENT)

6) SEE?!!! KEYLOGGERS FOOLED !!!



SIMPLE STEPS TO CHANGE DRIVES LETTERS


Untuk TUKAR drive letters (PENTING kalo korang ada 2 drives and have partitioned boot drive, tapi drive yg kedua menunjukkan sebagai "D"

FOLLOW THESE FOETUS STEPS :-

1) Pegi START
2) p ke Control Panel
3) then, ke Administrative Tools
4) Pegi plak Computer Management
5) Pilih Disk Management
6) Right click kat partition yg mana namenye korang nak tukar..
7) (click in the white area just below the word "Volume" and select "change drive letter and paths."
8) Skang dari sini, korang BOLEH add, remove, or change letters atau path ke partition tu..



RENEW OUR IP USING CMD (command prompt)

FOLLOW THESE BABY STEPS :-

1) Click START menu => Run => taip CMD => Click Ok
2) TAIP BENDE2 ni.... (taip satu, enter, taip satu, enter...) :-

ipconfig /flushdns
ipconfig /release
ipconfig /renew
exit

3) BERSIHKAN cookies korang / cache, and thats it.



SHORTCUT KEYS UNTUK WINDOWS XP!!!


GENERAL KEYBORD SHORTCUTS :-
• CTRL+C (Copy)
• CTRL+X (Cut)
• CTRL+V (Paste)
• CTRL+Z (Undo)
• DELETE (Delete)
• SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
• CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
• CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
• F2 key (Rename the selected item)
• CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
• CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
• CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
• CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
• CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
• SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
• CTRL+A (Select all)
• F3 key (Search for a file or a folder)
• ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
• ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
• ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
• ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
• CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents open simultaneously)
• ALT+TAB (Switch between the open items)
• ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
• F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
• F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
• SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
• ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
• CTRL+ESC (Display the Start menu)
• ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu)
• F10 key (Activate the menu bar in the active program)
• RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
• LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
• F5 key (Update the active window)
• BACKSPACE (View the folder one level up in My Computer or Windows Explorer)
• ESC (Cancel the current task)
• SHIFT when you insert a CD-ROM into the CD-ROM drive
• CTRL+SHIFT+ESC (Open Task Manager) (Prevent the CD-ROM from automatically playing)


MICROSOFT NATURAL KEYBOARD SHORTCUTS :-

Windows Logo (Display or hide the Start menu)

Windows Logo+BREAK (Display the System Properties dialog box)

Windows Logo+D (Display the desktop)

Windows Logo+M (Minimize all of the windows)

Windows Logo+SHIFT+M (Restore the minimized windows)

Windows Logo+E (Open My Computer)

Windows Logo+F (Search for a file or a folder)

CTRL+Windows Logo+F (Search for computers)

Windows Logo+F1 (Display Windows Help)

Windows Logo+ L (Lock the keyboard)

Windows Logo+R (Open the Run dialog box)

Windows Logo+U (Open Utility Manager)


DIALOG BOX KEYBOARD SHORTCUTS :-

CTRL+TAB (Move forward through the tabs)

CTRL+SHIFT+TAB (Move backward through the tabs)

TAB (Move forward through the options)

SHIFT+TAB (Move backward through the options)

ALT+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the
corresponding option)

ENTER (Perform the command for the active option or button)

SPACEBAR (Select or clear the check box if the active option is a check box)

Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)

F1 key (Display Help)

F4 key (Display the items in the active list)

BACKSPACE (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As
or Open dialog box)



Right SHIFT for eight seconds (Switch FilterKeys either on or off)

Left ALT+left SHIFT+PRINT SCREEN (Switch High Contrast either on or off)

Left ALT+left SHIFT+NUM LOCK (Switch the MouseKeys either on or off)

SHIFT five times (Switch the StickyKeys either on or off)

NUM LOCK for five seconds (Switch the ToggleKeys either on or off)

Windows Logo +U (Open Utility Manager)


WINDOWS EXPLORER KEYBOARD SHORTCUTS :-


END (Display the bottom of the active window)

HOME (Display the top of the active window)

NUM LOCK+Asterisk sign (*) (Display all of the subfolders that are under the
selected folder)

NUM LOCK+Plus sign (+) (Display the contents of the selected folder)

NUM LOCK+Minus sign (-) (Collapse the selected folder)

LEFT ARROW (Collapse the current selection if it is expanded, or select the
parent folder)

RIGHT ARROW (Display the current selection if it is collapsed, or select the
first subfolder)

MICROSOFT MANAGEMENT CONSOLE (MMC) MAIN WINDOW KEYBOARD SHORTCUTS :-

CTRL+O (Open a saved console)

CTRL+N (Open a new console)

CTRL+S (Save the open console)

CTRL+M (Add or remove a console item)

CTRL+W (Open a new window)

F5 key (Update the content of all console windows)

ALT+SPACEBAR (Display the MMC window menu)

ALT+F4 (Close the console)

ALT+A (Display the Action menu)

ALT+V (Display the View menu)

ALT+F (Display the File menu)

ALT+O (Display the Favorites menu)


SHORTCUT KEYS 4 CHARACTER MAP :-

After you double-click a character on the grid of characters, you can move through the grid by using the keyboard shortcuts:

RIGHT ARROW (Move to the right or to the beginning of the next line)

LEFT ARROW (Move to the left or to the end of the previous line)

UP ARROW (Move up one row)

DOWN ARROW (Move down one row)

PAGE UP (Move up one screen at a time)

PAGE DOWN (Move down one screen at a time)

HOME (Move to the beginning of the line)

END (Move to the end of the line)

CTRL+HOME (Move to the first character)

CTRL+END (Move to the last character)

SPACEBAR (Switch between Enlarged and Normal mode when a character is
selected)



MMC CONSOLE WINDOW KEYBOARD SHORTCUTS :-

CTRL+P (Print the current page or active pane)

ALT+Minus sign (-) (Display the window menu for the active console window)

SHIFT+F10 (Display the Action shortcut menu for the selected item)

F1 key (Open the Help topic, if any, for the selected item)

F5 key (Update the content of all console windows)

CTRL+F10 (Maximize the active console window)

CTRL+F5 (Restore the active console window)

ALT+ENTER (Display the Properties dialog box, if any, for the selected item)

F2 key (Rename the selected item)

CTRL+F4 (Close the active console window. When a console has only one
console window, this shortcut closes the console)



REMOTE DESKTOP CONNECTION NAVIGATION :-

CTRL+ALT+END (Open the Microsoft Windows NT Security dialog box)

ALT+PAGE UP (Switch between programs from left to right)

ALT+PAGE DOWN (Switch between programs from right to left)

ALT+INSERT (Cycle through the programs in most recently used order)

ALT+HOME (Display the Start menu)

CTRL+ALT+BREAK (Switch the client computer between a window and a full
screen)

ALT+DELETE (Display the Windows menu)

CTRL+ALT+Minus sign (-) (Place a snapshot of the active window in the
client on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing PRINT SCREEN on a local computer.)

CTRL+ALT+Plus sign (+) (Place a snapshot of the entire client window area on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing ALT+PRINT SCREEN on a local computer



MICROSOFT INTERNET EXPLORER NAVIGATION :-

CTRL+B (Open the Organize Favorites dialog box)

CTRL+E (Open the Search bar)

CTRL+F (Start the Find utility)

CTRL+H (Open the History bar)

CTRL+I (Open the Favorites bar)

CTRL+L (Open the Open dialog box)

CTRL+N (Start another instance of the browser with the same Web address)

CTRL+O (Open the Open dialog box, the same as CTRL+L)

CTRL+P (Open the Print dialog box)

CTRL+R (Update the current Web page)

CTRL+W (Close the current window)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails