Saturday, February 6, 2010
surat terbuka dari iblis...
hai manusia yang tersayang....
semalam waktu nak tidur,aku lihat syg tidak memuji Allah,tidak berselawat,tidak membaca Ayat Kursi dan Kulhu.Ini amat bagus sekali syg kerana waktu tidur adalah waktu utk tidur bukan untuk membaca Al-Quran,sesungguhnya engkau tidak membuang masa..hehe(tewas kita di kamar tidur)
keesokkan harinya...
pagi ini aku lihat syg tidak bangun mengerjakan solat subuh.Bagus sekali!kau telah buktikan bahawa kau adalah sahabatku yang budiman.Janganlah kau susahkan diri untuk bangun dan memendekkan waktu tidur.Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman.Jangan hiraukan ayam berkokok atau alarm clock yang berbunyi yang mengejutkan kau dari tidur.Bila subuh sudah menjengah,udara masih dingin,tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan...hehe(kecundang lagi buat kedua kalinya)
waktu yang seterusnya...
aku lihat kau jarang sekali mengambil wudhuk.Ini amat bagus sekali kerana kau tidak akan membazirkan air dan water bills rumahmu.Kau juga amat hebat bila tiba waktu makan.Aku lihat kau tak pernah membaca bismillah,amalan ini juga bagus kerana kamu tidak akan memenatkan mulutmu.Dan bila sudah kenyang,kau tidak pernah menyebut alhamdullilah,ini pun bagus my fren,cukuplah kau sendawa kuat-kuat seperti lembu...hehe(makin bersahabat baik dgn kita nampaknya)
hai manusia yang ku cintai lagi disayangi...
semalam ada seorang peminta sedekah menghampirimu..kau dengan angkuhnya menghalau dia tanapa memberikan duit walau satu sen atau seteguk air.Kau memang hebat,tidak perlu aku mengajarnya.Ini amalan yang terpuji kerana kau tidak membuang-buang duit dan tidak membazirkan rezekimu yang melimpah ruah kurnian Allah kepadamu.Biarlah rezeki kau kepunyaan kau seorang,untuk menonton wayang,berholiday di genting dan bermewah-mewahan di dunia..hehe(kita dah makin advance sekarang)
aku lihat lagi bila kau bertemu dengan sahabat handaimu,bukan assalamualaikum ucapan sapaan tetapi "Hi everybody!""wassup fren" nice word...inilah menunjukkan kau mengerti adab resam orang kafir dan pandai speak in english..tidak perlu kau belajar bahasa arab kerana inilah bahasa antarabangsa sampai kau lupa bahasa arab bahasa al-Quran.kau memang telah buktikan kau dan aku adalah sahabat sejati.
my beloved fren...
bila kau lakukan kebaikan,lemahlah seluruh urat sendiku,terbakarlah seluruh jasadku,merintihku kesakitan bila setiap kali ku melihat hamba-hamba Allah menghabiskan waktu malam berzikir dan merintih mengenang dosa-dosanya yang lepas,kerana pintu taubat telah terbuka seluas-luasnya...Namun dont worry aku tetap gembira kerana ada diantara kalian yang masih sudi menjadi temanku...melepaskan peluang rahmat Allah dengan mengucapkan perkataan yang sia-sia,mengumpat,tidak solat,malah mencipta persengketaan...aduhai tubuhku yang lemah kembali sihat...cukuplah nafsu manusia itu sendiri menjadi penyambung tugasku ...di akhirat nanti,kau dan aku dapat berjalan bersama-sama..kita berpegangan tangan menuju neraka jahanam...
with love,sahabatmu yang tercinta
iblis laknatullah
luv u forever...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment