Monday, June 28, 2010

are u going 2 finish strong?

first prime minister of Israel

MySpace he said=>“There’s no Israel without Jerusalem, and no Jerusalem without the Temple!”

temple=HAYKAL(satu binaan politik yang dikhayalkan,kewujudannya tidak pernah dipastikan dan tidak tertulis pun dalam buku-buku sejarah
mahupun kitab taurat sendiri)


Inilah Haykal yang diimpikan oleh mereka?


sebenarnya bukan ini yang mereka cari tetapi hanya mahu melenyapkan tempat suci Islam.Menghapuskan kesan-kesan suci Islam dan mendirikan kuil(Haykal)






MySpace n he said=>“tiada erti bagi Al-Quds jika masjid Al-Aqsa dihancurkan, dan tiada nilainya Palestin jika Al-Quds dirampas”


Syeikh Raid Solah
Senator Al-Quds




Masjid Al-Aqsa di musnahkan demi membina negara haram Israel





serangan kotor yahudi




you are shooting kids


they will fight till the end..

are they going 2 finish strong...

definitely not..

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga,sedang belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar"
Al-Imran:142

doNLod Waktu soLat


satu lg free islamic software..

paparan waktu solat di seluruh kawasan di Malaysia

dilengkapi dgn tazkirah...jom layan MySpace




Wednesday, June 16, 2010

ore qelate biso-biso


KOTA BHARU, 15 Jun: Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) bercadang meneruskan misi menuntut kerajaan Pusat membayar royalti minyak kepada rakyat Kelantan melalui satu perhimpunan sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Kelantan esok.

Setiausahanya, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata Gegar akan meneruskan hasrat murninya itu sehingga episod tuntutan tersebut menemui garis penamatnya.

"Maksudnya sehingga tuntutan itu ditunai atau sehingga ada apa-apa tindakan daripada kerajaan negeri sendiri berhubung tuntutan itu yang menterpaksakan Gegar berhenti dari melaksanakan aktiviti berkaitan.

"Gegar tidak akan berhenti daripada meneruskan perjuangannya begitu saja, dan Gegar akan lakukan apa saja selagi tidak bercanggah dengan hak asasi rakyat," katanya ketika dihubungi lewat petang ini.

Sambil itu beliau memaklumkan satu kain rentang bersaiz 4 x 20 kaki yang bertulis "PM: MANA DUIT ROYALTI KELANTAN RM2 BILLION?? Kami tak mahu Ehsan, Kami mahu ROYALTI" akan dinaikkan pada malam ini sebagai isyarat kepada Najib bahawa rakyat Kelantan sebenarnya tidak pernah berdiam diri dalam perkara berkenaan.

Menurutnya banner-banner tersebut akan dinaikkan di persekitaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa, Pasir Pekan dan sekitar bandar Kota Bharu.

Dalam pada itu, satu perhimpunan aman dijangka akan turut diadakan sebagai tanda protes terhadap penafian hak rakyat oleh kerajaan Pusat.

"Sekurang-kurangnya Perdana Menteri akan lihat sendiri bahawa hak mutlak rakyat tidak boleh dipolitikkan malah rakyat Kelantan khususnya menolak kerajaan yang menggunakan harta rakyat untuk kepentingan politik," tegasnya.

sumber:http://harakahdaily.net

~berani bersuara,berani menuntut keadilan,jangan mudah menyerah kalah itulah tuntutan hidup..
kuat semangat juga yer ore-ore qlate neh..
sesape yg ada di qlate,demo p la sambut P.M kita,memeriahkan suasana.
.gegarkan lapangan terbang,biarkan saya yg berada di sini juga turut merasa gegarannya..he
buat our P.M..dengarilah suara rakyat qlate
kerana seorang yg layak digelar pemimpin adalah seorang yg dapat melahirkan kerja-kerja besar,menciptakan keadilan dan menghilangkan kezaliman.
selalu melakukan hai-hal yang baik untuk rakyatnya
menjalankan amanat yang dipikul ikhlas kerana Allah~
jgn biarkan rakyat anda merasa mereka dizalimi:)



Tuesday, June 15, 2010

gelak-gelak

isma mula menconteng...heheh,what to do?what to read?tak tahu nak study ape ke malas..kerana tidak tahu ape yg patut di baca sempena exam writing khamis nie,saya menghiburkan diri dengan membaca buku belajar bahasa arab sambil ketawa..tabik spring..toint2x buat ustaz wan rusli,penulis buku ini yang juga pensyarah uia kerana berhasil membuat saya ketawa.

gelak bukan sebarang gelak,gelak biarlah berilmu..hahaha,katanya buku ini sesuai bagi sesiapa yang baru berjinak-jinak nak belajar bahasa arab,dan pada yang dah lama belajar tapi tak juga pandai-pandai...fuh,statement yg ke-2 tu mmg menikam jantung saya..terasa habis~bukan tak nak pandai ustaz tapi ambil masa,he.



terasa ingin berkongsi lawak-lawaknya,tapi bukan dalam bahasa arab,kalo yang nak baca lawak-lawaknya dalam versi arab,boleh la beli buku kt atas ni~ lawaknya memang buat gusi saya kering coz asyik tertelan air liur jerk time gelak..gulp..gulp..

jom layan:

GONCANG SEBELUM MINUM

doktor berkata kepada seorang pesakit,"jangan lupa menggoncang botol sebelum minum ubat ini."
pesakit tersebut pulang kerumahnya,dan setelah meminum ubat tersebut,barulah dia teringat pesanan doktor tadi.lalu dia terus melompat dan berguling-guling di atas lantai.isterinya melihat dan terus bertanya:

isteri:kenapa engkau melompat-lompat dan berguling-guling begitu?
suami:aku lupa menggoncangkan botol sebelum minum ubat itu!

RANCANGAN GAGAL

Tiga orang pesakit mental mahu melarikan diri dari hospital sakit mental.mereka berpakat pada waktu malam untuk memukul pengawal,mencuri kunci dan terus melarikan diri.pada malam yang dijanjikan,mereka mula melaksanakan rancangan itu...tiba-tiba mereka dapati si pengawal sedang tidur dan pintu terbuka.mereka berkata sesama sendiri,"rugi...rancangan kita gagal!"

BUDAK CERDIK

seorang budak berumur 3 tahun bertanya ibunya yang sedang hamil,"Apa yang ada dalam perut mama tu?"si ibu menjawab,"ini adik awak."budak itu bertanya lagi,"Adakah mama bencikan dia?"jawab si ibu "TidaK sekali-kali" si budak berkata dengan penuh persoalan,"Habis kenapa mama menelannya?!"


ORANG BODOH BERDIRI

Seorang guru berkata kepada pelajar-pelajarnya dalam kelas dengan bergurau, "Siapa yang rasa dia bodoh,sila berdiri!"Tidak lama kemudian seorang pelajar dari kelas akhir berdiri.Guru itu bertanya dengan penuh kepelikan,"Kau rasa kau bodoh,Hamad?Pelajar itu berkata,"Sebenarnya saya tidak sampai hati melihat cikgu seorang sahaja berdiri!"

Hahahahahahahah:)

Monday, June 14, 2010

ka'su alam 2010

salam satu ummah
salam ka'su alam 2010(piala dunia)
adakah sepanjang musim bola neh,entry mesti berkisarkan bola..
B-Buat
O-Orang
L-Lupa
A-Allah
insyaallah tak,kalo bola buat sya lupa baca buku,itu betul..
hehe,even exam khamis nie,buku masih tak bersentuh..





ni lah schedule all matches sya sempena piala dunia musim ni
he..i come to watch if there are england and brazil
yeah...


masih ingat gambar di atas?
Freddy Kanoute
striker club Sevilla
gambar diambil setelah beliau usai menjaringkan gol ke gawang lawannya pada tahun lepas
beliau membuka baju untuk memperlihatkan koas dalamnya yang bertulis "PALESTINA"


Aksi Konoute itu tetap membuahkan kad kuning kepadanya
bukan itu sahaja..keesokannya beliau dikenakan denda sebanyak 3000 euro oleh Federasi Bola Sepak Sepanyol(REF)

Apa kata beliau?
antaranya..."itu adalah sesuatu yang saya rasa saya patut lakukan,setiap orang seharusnya berasa bertanggungjawab saat menyaksikan ada sesuatu situasi yang sangat tidak adil itu,saya merasa 100% bertanggung jawab atas apa yang saya lakukan,dan saya tidak takut atas aksi itu.."

mungkin tidak ramai pemain bola sepak berani beraksi begitu di tengah padang ketika perlawanan berlansung..Kanoute mungkin anda antara "ikon" bola paling berani saya :)



Thursday, June 10, 2010

apa khabar palestin?apa khabar south afrika?


apa khabar palestin?


apa khabar south afrika?


bahang kemarahan,kebencian,ketidakpuasan terhadap perbuatan terkutuk israel menyerang kapal Mavi Marmara dan Rachel Corrie yang ingin menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza masih lagi terasa..pembunuhan tanpa sebab yang dilakukan laknatulah ini kepada aktivis-aktivis yang telah terkorban memang tidak dapat di maafkan..dan tidak pernah dan akan ada negosiasi buat yahudi dan negara haram mereka israel..

profil picture di facebook kawan-kawan saya sudah bertukar wajah..gambar masing-masing sudah ditukar kepada campaign save gaza,bendera palestin..alhamdulilah~salah satu tindakan tanda sokongan kepada rakyat palestin dan tanda tentangan pada rejim zionis israel..emm tukar picture profil sudah,join group anti israel sudah,apa lagi tindakan kita?

ayuh kawan-kawan,walaupun esok kita akan mulai demam bola.pasti juga saya akan turut serta demam.tapi jangan sesekali benarkan hati dan jiwa kita juga demam,alpa dan terpedaya dengan agenda musuh kita.kita semarakkan rasa kebencian terhadap musuh Allah ini dengan=>

bertanyakan khabar tentang saudara kita di palestin dengan memperbanyakkan bacaan tentang isu palestin..bila dah dapat maklumat..sebarkan tentang siapakah zionis dan siapakah rakyat palestin?

bersama memberi galakan supaya menyumbang dan berkorban..

stop buying israeli goods..boikot now!!

dan yg paling penting doakan kesejahteraan rakyat palestin,biarkan doa kita sentiasa mengiringi mereka yang berjuang di sana menegakkan hak dan milik mereka~tanah yang dijanjikan..






Wednesday, June 9, 2010

pelajaran dari perang badar



peristiwa berkisarkan tentang tawanan pada Perang Badar:

~ketika saat itu Rasullulah meminta daripada tawanan orang musyrik yang ingin menebus dirinya agar mengajar cara membaca dan menulis sepuluh orang Muslim.~

jika di lihat keadaan orang islam ketika perang badar,kita akan mendapati bahawa mereka memerlukan harta kekayaan serta penjagaan terhadap para tawanan untuk menekan Quraisy atau menjaga mereka dengan tukar-menukar jika terdapat Muslim yang di tawan

tetapi lain pula arah pemikiran dan pandangan rasullulah.Beliau ingin membangun umat islam dengan bangunan yang sempurna sehingga para sahabat memiliki kemampuan berbahasa yang lebih unggul daripada musuh-musuhnya.

Contoh ikutan terbaik=>

Zaid bin Tsabit

Keunggulannya yang mengungguli sahabat-sahabat lain ketika berumur hanya 13 tahun:
sentiasa bersama Rasullulah setiap masa
mahir dalam masalah membaca dan menulis
menjadi penulis wahyu dan pembantu peribadi Rasullulah
penerjemah bahasa Suryani dan Ibrani

Abu Hurairah

sahabat yang paling banyak menghafal hadith rasulullah
begitu hebat kekuatan hafalannya
"Tidak ada sahabat nabi yang hafalan hadithnya melebihi aku"
(riwayat Imam Al-Bukhari)

namun tetap jua kalah dan tewas kepada Abdullah bin Amru bin Ash
disebabkan beliau tidak bisa menulis dan membaca..

semoga hal ini dapat menanamkan rasa cinta membaca di hati orang-orang Islam
(di petik dari SPIRITUAL READING karya Dr.Raghib As-Sirjani)

sesuai dengan ayat pertama di mulainya Al-Quran iaitu "Bacalah"(Al-Alaq:1-5)

jadikan membaca sebagai satu konsep hidup bukan sekadar hobi di masa lapang..



Tuesday, June 8, 2010

My motivation


The story about the tiny frogs

There once was a bunch of tiny frogs
who arranged a running competition

The goal was to reach the top of a very high tower

A big crowd had gathered around the tower to see the
race and cheer on the contestants

The race began....=>

Honestly..

No one in crowd really believe that the tiny frogs would reach the top

You heard statements such as:

"Oh,WAY too difficult!!!!
They will NEVER make it to the top"


OR

"Not a chance that they will succeed .The tower is too high!"

The tiny frogs began collapsing one by one

...except for those who in a fresh tempo were climbing higher

and higher

The crowd continued to yell

"It is too difficult!!!No one will make it!"

More tiny frogs got tired and gave up but ONE continued higher and higher and higher

This one wouldn't give up!

At the end everyone else had given up climbing the tower

except for the tiny frogs who after a big effort was the only one who reached the top!

~want to know who and how this one frogs managed to do it?

The winner was

DEAF!!!

Always think of the power which words have bcoz everything you hear n read will affect your actions!

i willingly to be DEAF person...if

The words can't take my most wonderful dreams n wishes away from me.The ones i have in my heart!!
n above of all...
always think we can do it...
be +ve

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails