Wednesday, June 16, 2010

ore qelate biso-biso


KOTA BHARU, 15 Jun: Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) bercadang meneruskan misi menuntut kerajaan Pusat membayar royalti minyak kepada rakyat Kelantan melalui satu perhimpunan sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Kelantan esok.

Setiausahanya, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata Gegar akan meneruskan hasrat murninya itu sehingga episod tuntutan tersebut menemui garis penamatnya.

"Maksudnya sehingga tuntutan itu ditunai atau sehingga ada apa-apa tindakan daripada kerajaan negeri sendiri berhubung tuntutan itu yang menterpaksakan Gegar berhenti dari melaksanakan aktiviti berkaitan.

"Gegar tidak akan berhenti daripada meneruskan perjuangannya begitu saja, dan Gegar akan lakukan apa saja selagi tidak bercanggah dengan hak asasi rakyat," katanya ketika dihubungi lewat petang ini.

Sambil itu beliau memaklumkan satu kain rentang bersaiz 4 x 20 kaki yang bertulis "PM: MANA DUIT ROYALTI KELANTAN RM2 BILLION?? Kami tak mahu Ehsan, Kami mahu ROYALTI" akan dinaikkan pada malam ini sebagai isyarat kepada Najib bahawa rakyat Kelantan sebenarnya tidak pernah berdiam diri dalam perkara berkenaan.

Menurutnya banner-banner tersebut akan dinaikkan di persekitaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa, Pasir Pekan dan sekitar bandar Kota Bharu.

Dalam pada itu, satu perhimpunan aman dijangka akan turut diadakan sebagai tanda protes terhadap penafian hak rakyat oleh kerajaan Pusat.

"Sekurang-kurangnya Perdana Menteri akan lihat sendiri bahawa hak mutlak rakyat tidak boleh dipolitikkan malah rakyat Kelantan khususnya menolak kerajaan yang menggunakan harta rakyat untuk kepentingan politik," tegasnya.

sumber:http://harakahdaily.net

~berani bersuara,berani menuntut keadilan,jangan mudah menyerah kalah itulah tuntutan hidup..
kuat semangat juga yer ore-ore qlate neh..
sesape yg ada di qlate,demo p la sambut P.M kita,memeriahkan suasana.
.gegarkan lapangan terbang,biarkan saya yg berada di sini juga turut merasa gegarannya..he
buat our P.M..dengarilah suara rakyat qlate
kerana seorang yg layak digelar pemimpin adalah seorang yg dapat melahirkan kerja-kerja besar,menciptakan keadilan dan menghilangkan kezaliman.
selalu melakukan hai-hal yang baik untuk rakyatnya
menjalankan amanat yang dipikul ikhlas kerana Allah~
jgn biarkan rakyat anda merasa mereka dizalimi:)



1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails