Tuesday, June 15, 2010

gelak-gelak

isma mula menconteng...heheh,what to do?what to read?tak tahu nak study ape ke malas..kerana tidak tahu ape yg patut di baca sempena exam writing khamis nie,saya menghiburkan diri dengan membaca buku belajar bahasa arab sambil ketawa..tabik spring..toint2x buat ustaz wan rusli,penulis buku ini yang juga pensyarah uia kerana berhasil membuat saya ketawa.

gelak bukan sebarang gelak,gelak biarlah berilmu..hahaha,katanya buku ini sesuai bagi sesiapa yang baru berjinak-jinak nak belajar bahasa arab,dan pada yang dah lama belajar tapi tak juga pandai-pandai...fuh,statement yg ke-2 tu mmg menikam jantung saya..terasa habis~bukan tak nak pandai ustaz tapi ambil masa,he.



terasa ingin berkongsi lawak-lawaknya,tapi bukan dalam bahasa arab,kalo yang nak baca lawak-lawaknya dalam versi arab,boleh la beli buku kt atas ni~ lawaknya memang buat gusi saya kering coz asyik tertelan air liur jerk time gelak..gulp..gulp..

jom layan:

GONCANG SEBELUM MINUM

doktor berkata kepada seorang pesakit,"jangan lupa menggoncang botol sebelum minum ubat ini."
pesakit tersebut pulang kerumahnya,dan setelah meminum ubat tersebut,barulah dia teringat pesanan doktor tadi.lalu dia terus melompat dan berguling-guling di atas lantai.isterinya melihat dan terus bertanya:

isteri:kenapa engkau melompat-lompat dan berguling-guling begitu?
suami:aku lupa menggoncangkan botol sebelum minum ubat itu!

RANCANGAN GAGAL

Tiga orang pesakit mental mahu melarikan diri dari hospital sakit mental.mereka berpakat pada waktu malam untuk memukul pengawal,mencuri kunci dan terus melarikan diri.pada malam yang dijanjikan,mereka mula melaksanakan rancangan itu...tiba-tiba mereka dapati si pengawal sedang tidur dan pintu terbuka.mereka berkata sesama sendiri,"rugi...rancangan kita gagal!"

BUDAK CERDIK

seorang budak berumur 3 tahun bertanya ibunya yang sedang hamil,"Apa yang ada dalam perut mama tu?"si ibu menjawab,"ini adik awak."budak itu bertanya lagi,"Adakah mama bencikan dia?"jawab si ibu "TidaK sekali-kali" si budak berkata dengan penuh persoalan,"Habis kenapa mama menelannya?!"


ORANG BODOH BERDIRI

Seorang guru berkata kepada pelajar-pelajarnya dalam kelas dengan bergurau, "Siapa yang rasa dia bodoh,sila berdiri!"Tidak lama kemudian seorang pelajar dari kelas akhir berdiri.Guru itu bertanya dengan penuh kepelikan,"Kau rasa kau bodoh,Hamad?Pelajar itu berkata,"Sebenarnya saya tidak sampai hati melihat cikgu seorang sahaja berdiri!"

Hahahahahahahah:)

4 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails