Saturday, August 28, 2010

Buat diriku yang dikasihi..


Buat diriku yang dikasihi
i love u
kerana masih tetap menjadi diriku
namun harus diingat diriku
siapalah diriku tanpa penciptaku

terima kasih pencipta diriku
kerana mencipta aku seperti sekarang
diriku punya aqal utk berfikir
diriku punya hati utk merasa
diriku punya jiwa utk hidup sebagai seorg manusia
diriku punya anggota tubuh utk melakukan segala

masih berbaki tiga hari
tanggal 31 ogos 2010
menyaksikan sudah 24 tahun diriku bernafas
nikmat yang tak terperi juga penciptaku limpahi
buat diriku yang dikasihi

diriku yang dikasihi
aku tahu diriku ini cuma manusia biasa
adakalanya aku lupa,alpa dan leka
nikmatmu utk diriku ini
tidak disyukuri sebagaimana yang mesti
lagak seperti tuanpunya diriku ini

buatmu lagi diriku yang dikasihi
sempena ulangtahun kelahiranku ini
jagalah pandanganku
jagalah akhlakku
kuatkan pendirianku
andai kata ditakdirkan tiada cinta dari manusia utkku
cukuplah cinta Allah menyinari dan memenuhi hidupku
biar hanya cinta mak n abah yg memberi kehangatan kebahagian buatku
cukuplah sekadar cinta ahli keluarga yg akn membahagiakan aku.

akhir sekali wahai diriku yg dikasihi
dlm diriku sibuk menghadapi pelajaran
tanggungjawab pada agama
masyarakat n keluarga
diriku tetap tidak dapat lari.

sanah helwah buat diriku yang di kasihi
aku berdoa buat diriku
diberi kesihatan dan berterusan
dlm mensyukuri nikmat kesihatan ini.

Ya Allah
maafkan diriku ini
ampunkanlah diriku ini
andai selama 24 thn diriku hidup diats bumimu ini
penuh kemaksiatan padamu
perelokkan kesudahan diriku ini
pastikan pada waktu kematian diriku
diriku sedang melakukan kebaikan dan amal soleh
amin ya rabba al alamin

"the month ramadan is going:(
May the one accept our previous fast,open our heart&help us to be better...simply better"










No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails