Friday, August 20, 2010

quranic journey


10 ramadan,
jika malam-malam sebelumnya solat di masjid uia
malam ini berkesempatan solat terawih di batu 6,gombak
lain suasananya berjemaah diluar
terasa suasana terawih di kampung

satu lagi kelainannya
jemaah disajikan dengan tazkirah selepas 4 rakaat solat terawih
topic yang di bincangkan td amat simple
iaitu berkisar tentang Al-Quran
tapi amat membuka mata aku

jika ramadan sebelum ini
mission nak khatam 30 juzuk Al-Quran pada bulan Ramadan
tapi td selepas mendengar penjelasan ustaz
tentang peranan kita terhadap Al-Quran
buat ak mula berfikir

ustaz senaraikan 6 peranan kita terhadap Al-Quran
antaranya belajar tajwid,fasohah(kelancaran bacaan)
dan yang paling di highlightkan iailah belajar memahami
makna Al-Quran

tidak ramai di antara kita tahu makna Al-Quran
sekalipun amat lancar dan fasih membacanya
kekadang hati juga terasa cemburu bila
melihat teman jemaah solat boleh minitiskan air mata saat mendengar
bacaan imam.

faham makna bacaan membawa khusyuk dalam solat
mengerti intisari ayat juga memberi petunjuk pada kita
sebagaimana peranan kitab Al-Quran itu sendiri
sebagai petunjuk kepada orang mukmin

bagaimana kita mengatakan ak telah diberi petunjuk
sedangkan makna bacaan langsung tidak di fahami
bersamalah kita memahami bacaan kita
semoga sedikit makna yang di fahami bisa
memberi impak yang besar pada diri kita





2 comments:

  1. peranan tuh
    hope dapat laksanakan pelanpelan
    insyallah kita boleh
    MALAYSIA BOLEH!!!
    =))

    ReplyDelete
  2. ha,ah peranan nor
    hehe sesame ler kite

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails