Saturday, January 30, 2010

melayari internet bersama kebersamaan Allah...



salam semua...
hari kedua berada di bumi uia..ingatan masih berpaksi pada rumah,mata masih terbayang mak dan abah,ya Allah kuatkan hati aku...lindungilah dan jagalah mereka bagi pihak anaknya ini...esemen aku masih tak tersentuh,esok dah nak kna submit(perkara yang tidak patut di contohi)...belum ada mood utk siapkan esemen..hehe

bak kata John F.Kennedy "do not pray for easy life..pray to be stronger"..berilah aku kekuatan menempuhi kehidupan yang penuh cabaran ini ya Allah...amin..ape aku nak tulis sebenarnya..haha...ok2x..dah tahu da..sebenarnya semalam setelah mendapat berita bahawa mahallah(kolej) di tempat kami tinggal telah di pasang wireless(selepas sekian lama menunggu)tetiba terlintas di fikiran aku...adakah kita melayari internet dengan kebersamaaNYA??

wahai sahabat semua..mungkin sahabat akan tersenyum mendapat berita yang dah lama sahabat nanti-nantikan ini..mungkin ini perkataan yang terkeluar dari mulut sahabat-sahabat..."senangla aku nak cari bahan untuk assignment,bolehlah aku jadikan bahan ilmiah yang ada sebagai bacaan aku hari-hari",dan mungkin juga ada yang berkata"boleh la aku main game kt facebook,bolehlah aku y.m hari-hari"hehe..

inilah dikatakan internet senjata bermata dua..satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan:dalamnya ada unsur peruntuh dan membina,memati dan menghidup,petunjuk hidayah dan godaan.Cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya.Memang tidak dapat dinafikan bahawa internet memang mempunyai daya tarikan,keberkesanan,mudah dicapai,dilayari,dan bersifat interaktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan.

Melalui internet,umat islam boleh menjadikan ia sebagai mimbar untuk orang Islam meneggakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.Dan perlu juga diketahui ia juga tidak sunyi dan dipenuhi dengan segala jenis unsur rosak dan merosakkan dengan jin dan syaitan yang bertopengkan manusia yang memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.

berapa banyak laman seks yang wujud dan dapat kita layari?..berapa banyak blog menghina islam yang dapat kita baca?berapa banyak online game yang boleh merosakkan kanak-kanak?semuanya dihujung hari kita..tiada siapa yang dapat menghalang bila kita dah mula melayari internet.Biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba,kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat yang sangat merbahaya.

dimanakah kebersamaanNYA dalam kita melayari internet?merialisaaikan kebersamaan ini setiap dari kita perlulah mengekang hawa nafsunya dari hawa dan penyesatan.setiap dari kita mempunyai nafsu..itu pasti.namun hawa haruslah ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan,meninggalkan kealpaan,mengalahkan was-was,dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat.itulah yang perlu dilakukan..apalagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.

seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasullulah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut dimana orang siuman menjadi bingung,perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda rasul bermaksud:

apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap,fitnah seperti kepulan asap,dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka.mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang,beriman pada waktu petang,dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia(hadis riwayat Ahmad)

sekadar renungan dan peringatan buat diri ini dan sahabat-sahabat;
-bersihkan niat sahabat-sahabat dengan betul dan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum online.

-jika kita melayari internet dengan tujuan untuk berhibur,kita akan lupa diri dan tanpa disedari akan diheret kepada kelalaian tanpa disedari.

-lastly,duduk di hadapan internet dalam tempoh masa yang lama akan mengsia-siakan pusingan hidup seluruhnya..hehe
bersama-sama kita fikirkannya...

Friday, January 29, 2010

~Hati sakit~

Hati sakit…sakit hati…dua perkataan yang sama tapi amat bertentangan maksudnya..entri ni tidak ada kaitan dengan sakit hati sebenarnya...saja je..hehe... kenapa aku timbulkan persoalan ini(hati sakit).entah mengapa,aku dapat rasakan hati aku tengah sakit..jiwa aku tidak tenang..perasaan ku begitu tidak selesa...fikiran aku bercelaru...(penuh kesakitan).Kalau sakit fizikal boleh dapatkan rawatan doktor tapi kalau sakit dalaman(sakit rohani)apakah ubatnya?aku rasa aku tahu ubatnya...tapi....tapi apa isma?tapi aku saja ingin menidakkannya.aku memang cukup ego dan zalim padaNYA.aku tahu rohani aku perlukan makanannya.dah berapa lama tidak diisi rohani aku dengan makanannya..rohani aku begitu dahagakan makanannya..(mengapa kamu begitu menzalimi hak kami wahai empunya badan).

Ibarat perut tidak diisi makanan,sudah tentu badan menjadi lemah dan masakan badan kita dapat berkerja dengan baik,rohani pun begitu kiranya...kalau dapat bekerja pun...kerja yang tidak sempurna...macam ni agaknya,aku menidakkan hak mereka..mereka memberontak..aku juga yang susah akhirnya...aduh sakitnya...aku berani katakan hati sakit ini lebih sakit dari segala penyakit yang wujud di atas muka bumi ini...betul tak?yess...aku katakan ya...kerana rohani makanan iman..ada yang lebih penting dari iman ke isma?mahukan hatimu keras(sakit) kerana banyaknya dosa? Xnak...ada yang jawab nak ke...

Kalau dulu even banyak kerja sekalipun,hati aku amat tenang...xpernah berserabut..kerana aku tahu adanya DIA disisi aku..sekarang kenapa?aku tahu kenapa dan mungkin sesiapa yang membaca entri ini juga tahu kenapa?lagi persoalannya..kenapa aku jadi begini?mungkin kerana aku jauh dengan tuan aku..bukan mungkin memang betul pun...aku tahu iman ada pasang dan surutnya..tapi bagaimana aku ingin meletakkan iman aku ditahap yang paling selamat...mampukah aku?kau boleh isma...bukankah doa yang selalu kau baca...”dekatkan aku dengan perkara yang boleh membuatkan aku dekat dengaMU”...kalau aku dekatkan diri dengan perkara yang membuatkan diri aku dekat dengannya..iman ku terjaga...rohaniku terisi dengan makanan sebetulnya...dan yang pasti hati ku aman dan tidak lagi sakit..persoalannya:dekatkah aku dengan perkara yang dimaksudkan?adakah aku tersalah tafsirkan maksudnya itu...adakah aku lebih mementingkan perkara yang tidak sepatutnya...ya!!!

Zikir,mathurat,solat sunat,jemaah...dah jarang aku dekati....kenapa?adakah aku lebih mementingkan pelajaran dan meniddakkan semua amalan tersebut...kalau aku buat semua tu..cukup ke waktu aku untuk belajar..tergangukah waktu rehat aku...kalau dulu aku boleh,kenapa tidak sekarang...zalimnya akuL itulah makanan rohani aku...asyik isi makanan fizikal jer(rasa jer nak makan mesti dapat)aku betul2x manusia yang tidak adil...bukan pada orang lain tapi pada diri sendiri...harap sahabat jangan contohi teladan yang tidak berapa baik ni.

(camnila kot hati aku..bertampal-tampal)

Aku pasti inilah punca penyakit hati aku...boleh ke aku biarkan saja sakit ni?nanti parah tak?boleh bawa mati ke?jawapan aku...boleh jer....parah la juga...boleh bawa mati...mati hati...macam mana tu?mati hati?lebih teruk ke dari mati biasa?mati jasad kita kuburkan ada pusara tapi mati hati ibarat mayat hidup.ngerinya bunyi...”mayat hidup” ibarat jasad yang x berguna...hidup macam tak hidup...begitulah ibaratnya kalau mati hati...fizikal sihat tapi hati mati..hidup xade manisnya....habis macam mana sekarang?apa perlu aku buat?bersihkan diri dengan bertaubat!!!
taubat yang aku tahu ucap istighfar dengan lisan,menyesal akan perbuatan yang telah dilakukan,berhenti melakukan perkara maksiat dan bertekad untuk tidak kembali melakukan maksiat..tapi adakah taubat aku sebenar-benar taubat?Apakah aku akan dapat hasil dan buah yang wajar dari taubat yang bersih dan tulus pada Allah.
Aku benar-benar ingin mengantungkan hatiku padaMu...
semoga aku takkan tertipu lagi seperti sebelum ini..
semoga aku tidak sedih ditinggalkan dunia..
semoga aku tidak sedih didatangi dunia.
kerana kebergantungan aku hanya padamu..
"Selama engkau tidak murka kepadaku...aku tidak akan pernah peduli apa pun yang aku alami"

Wednesday, January 27, 2010

~royalti atau wang ehsan~



sebenarnya tiada apa untuk di coret atau diluahkan pada malam ni..cuma bila membaca harakahdaily sebentar tadi,ada beberapa berita yang menarik perhatian saya..isu kalimah Allah dan yang penting saya rasakan ialah isu royalti minyak..sebagai rakyat kelantan menipu jika saya katakan saya tidak kisah dengan hal yang membabitkan negeri kelahiran saya..sedikit sebanyak saya akan terasa kesannya.

Sebenarnya dah lama saya tidak mengikuti perkembangan negeri tercinta secara baik tetapi apa yang saya tahu kelantan telah berusaha keras untuk mendapatkan hak royalti ini tetapi yang sebaliknya berlaku ialah kerajaan pusat hanya ingin memberi wang ehsan kepada kerajaan negeri kelantan(setakat pemahaman saya).Sebenarnya masih banyak yang perlu diperkatakan tentang isu ini..
Saya terkesan mendengar penjelasan daripada tok guru iaitu. .

"Sepatutnya minyak yang keluar dari bumi Kelantan, menjadi hak negeri inilah. Kalau dikira dari segi ehsan, kerajaan Pusat yang sebenarnya perlu mendapat ehsan dan bukannya Kelantan. Kelantan yang ehsan pada Kuala Lumpur, tetapi sudah terbalik keadaan."
(wawancara khas dengan tok guru di JKR10)
ulasan yang amat ringkas tapi berkesan
kalau nak di ikutkan logik pun memang logik..

dan apa yang menarik minat saya ialah esok malam 28februari2010 akan diadakan solat hajat perdana oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ceramah royalti minyak yang akan disampaikan oleh Ku Li di Stadium Sultan Muhammad ke-4.

insyaallah jika tiada aral saya juga akan ke sana,dapat juga maklumat terkini tentang isu tersebut.Moga Allah permudahkan segala urusan:)

~himpunan qasidah~



tentu tidak ramai yang pernah dengar qasidah,jadi saya ingin share dengan sahabat semua qasidah yg ada dalam simpanan mp3 saya,cubalah dengar:)hehe.saya uploadkan 6 qasidah antaranya qasidah everynight,qasidah maula ya solli n seterusnya..


~song for Gaza~

WE WILL NOT GO DOWN
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

sesiapa yang belum ada lagu ni,bolehla download:)

~drownturtle~


gambar kt ats tu gmbar kure-kure aku(namanya bebi erika)...dlu dia berteman,tp malangnya yang sekor lagi dah mati(husband erika,uwaiss)...baru je aritu 25hb..aku pun xpasti kenapa,yang pasti aku sedih...uwaa..:(,kalo aku sedih erika lagi la sedih...

ak minat dengan kure-kure dah lama,ntah mengapa...haiwan bertulang belakang(vertebrata) dan reptilia ni memang unik bagi aku..setahu aku jangka hayat kure-kure ni panjang dan dapat hidup lama..setengahnya ada yang mencecah 150 tahun..cara pembiakan adalah bertelur...makanan?hehe,masa di kampung dulu ak bagi makan kangkung,xpom sayur2x lain..tp sekarang dah advance...dah ada mkanan khas jual kt kedai.

mungkin kerana sifat kure-kure yang suka pada tempat yang aman dan sungai dengan air yang jernih sama cam aku...xsukakan croud,ak lebih prefer secluded area...hehe,dan waktu yang paling best ialah aku dapat tenung mata mereka,luahkan isi hati..(macam la mereka fhm)haha...aku xkisah,janji kure-kure aku good listener...



selalunya jumpe manusia kembar siam tapi ada juga rupanya kure-kure kembar siam(not mine)

Monday, January 25, 2010

aku paling suka wallpaper weapons nie...smat tol!!!





cam biasa nak lebih byk boleh la donlod:)

ingin hiasi laptop anda dengan wallpaper yg menarik?...hehe,ak kongsikan simpanan wallpaper yag ak simpan...

"
"
"
"
untuk download lebih banyak wallpaper islamic,anda boleh klik di bawah:


~tukarkan dokumen word anda kepada PDF~

adakah anda ingin mempunyai e-book sendiri yang selalunya ditulis dalam bentuk PDF,software ini boleh membantu anda untuk convert dokumen word biasa kepada PDF..

tips start pc anda dengan cepat

pernahkan anda rasa tension bila terpaksa menunggu pc atau laptop anda yang mengambil masa yang lama utuk start.Tips di bawah akan membuatkan pc anda cepat untuk start tanpa menunggu dengan lebih lama:
first step:
start menu>run>then korang type regedit dan click ok


Anda akan dapat melihat paparan seperti dibawah
kemudian cari:
HKEY_LOCAL_MACHINE>SYSTEM>CurrentControlSet>Control>ContentIndex
Kemudian cari ni:
"Startup Delay" dan double klik.


Pilih Decimal

Value data sekarang ialah 4800000
Tukar Value data dari 4800000 ke 40000

Klik ok.
Tutup registry editor kemudian restart
PC anda sekarang menjadi lebih cepat bila start.


selamat mencuba:)

~setting wireless uia~

di sebabkan teringin buat entri tutorial
maka inilah percubaan pertama aku
di sebabkan dah banyak member2x ak kt uia selalu
mengalami masalah dengan setting wireless uia
selepas format laptop,jadi ak rasa bertanggungjawab untuk
berkongsi post tutorial nie.

so,nanti bolehlah anda lakukan sendiri tanpa perlu jumpa
abg itd,minta tolong kawan2x...aku akan cuba terangkan
seringkas mungkin semoga mudah difahami

first step-pastikan laptop anda dah berdaftar(register uia wireless)
entri ini hanyalah untuk laptop yang telah berdaftar.

second step-laptop yang baru di format,sudah tentu hilang setting
wireless uia,jadi anda perlu lah install kembali PEAP-GTC dan IIUM Wifi Config .jika anda memerlukan software boleh la download di bawah




third step-install kedua-dua software tadi PEAP-GTC dan IIUM Wifi Confiq
kemudian restart.



fourth step-ikut langkah-langkah di bawah:

1)Click Wireless Network Connection pada START Button

2)click pada "change advance setting"

3)click pada wireless network tab

4)click add

5)pada Association tab
network name(SSID)>iium-community
Network Authentication> is set to WPA
Make sure your Data encryption >is set to TKIP
tick pada>connect even if this network is not broadcasting

6)pada Authentication Tab
EAP type >is set to PEAP
untick atau hilangkan tanda right pada>authenticate as computer when computer information is available.
then,click properties

7)Un-tick the Validate server certificate check box
Make sure your
Authentication Method >is set to EAP Token
Tick the Enable Fast Reconnect check box

8)setelah selesai clik ok>ok>ok
9)selepas itu,akan kelihatan pop-up pada bahagian bawah sebelah kanan desktop anda
10)click pada pop-up tersebut
11)lastly,masukkan matric.no dan pin.no dan click ok...

11)selamat mencuba:)(hanya untuk pengguna windows xp)

~mid sem break kt umah~

hehe...sepatutnya aku kena siapkan slide fiqh usrah,nak kena submit 27hb...2 more days to go..tapi rase nak bercerita,then ape lagi menulis la...keja boleh sambung jap lg..lagipun hati semacam tidak tenteram...

sebenarnya aku teringat uwaiss n bebi erika(kuro2x aku)mereka terpaksa ak tinggalkn kt uia,coz xtaw nak bawa balik cane..lagipun da ade yg sanggup nak jaga mereka berdua(hope mereka baek2x saje)..huh tergendala jup tulisan ak..tetiba aniep(adk yg kenal time jd volunteer kt mid valley)pm aku...

simpati..aniep baru kehilangan ayah coz sakit kencing manis...sebagai saudara sesama islam,rasa tanggungjawab untuk memberi semangat padanya,dengan keadaan anip yang tak berapa sihat..aku betol2x bersimpati..dari perkataannya,aku dapat merasakan kesedihan yang dialaminya..katanya kubur ayah anip bersebelahan dengan sekolah...aku tahu amat susah untuk menerima takdir kehilangan orang yang tersayang...kalo aku yang di uji sedemikian,ntahla bagimana...kuatkah aku...atau ak orang yang palig lemah...

tapi yang pasti Allah tidak menguji umatnya diluar kemampuan...buat anip tabahkan hati,kuatkan diri...kamu masih ada mak,adik2x yang masih menyayangi kamu...
jam da pukul satu..rasenya setakat ini dulu...haha aku just nak cari mood nak wat slide "talak raj'ie".insyaallah kalo berkesempatan ak sambung lagi sok pagi..chaiyok2x isma:)

Thursday, January 21, 2010

~sukarnya hidup.....


Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya.Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan.Setiap kali masalah selesai,timbul pula masalah baru.

Ayah yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur.Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangnya di atas api.Setelah air di dalam ketiga periuk tersebut mendidih,dia memasukkan lobak merah ke dalam periuk pertama,telur dalam periuk kedua,dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata.Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan ayahnya.
Setelah 20 minit berlalu,si ayah mematikan api.Dia menyisihkan lobak dan meletakkannya ke dalam mangkuk,mengangkat telur dan meletaknya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk yang lain.

Lalu dia bertanya kepada anaknya ”Apa yang kau lihat,nak?,” ”Lobak,telur,dan kopi”jawab si anak.

Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu.Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan.Ayahnya meminta anaknya mengambil telur dan memecahkannya.Setelah membuang kulitnya dia dapati sebiji telur rebus yang isinya yang sudah keras.
Terakhir,si ayah meminta anaknya merasa kopi.Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi.

Setelah itu,si anak bertanya,”Apa erti semua ini,ayah”

Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama,direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.

Lobak sebelum direbus kuat,keras dab sukar dipatahkan.Tetapi setelah direbus,lobak menjadi lembut dan mudah dimakan.Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya berupa cairan.Tetapi setelah direbus isinya menjadi keras.Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik.Setelah berada dalam rebusan air,serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut.

Kamu termasuk dalam golongan yang mana?Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui.Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu,bagaimana harus kau menghadapinya?Apakah kamu seperti lobak,telur atau kopi?tanya ayahnya.

Bagaimana dengan anda?Apakah anda adalah lobak yang kelihatan keras tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan,anda menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.

Atau apakah kamu telur yang pada awalnya memiliki hati lembut,dengan jiwa yang dinamis?Namun setelah adanya kematian,patah hati,penceraian atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya anda menjadi keras dan kaku.Dari luar kelihatan sama,tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

Atau adakah kamu serbuk kopi?Yang berjaya mengubah air panas,sesuatu yang menimbulkan kesakitan,untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius.Ketika air mencapai suhu terpanas,kopi akabn terasa semakin nikmat.

~terkesan dengan gambaran yang diberikan,walaupun diri ini hanyalah diibaratkan seperti lobak merah,telur dan kopi.menjawab soalan yang ditanya,sudah pasti diri ini tidak ingin menjadi seperti lobak yang hilang kekuatan setelah diduga atau di uji.Kenapa kita perlu lemah dan hilang kekuatan sedangkan masalah merupakan sahabat karib kita yang selalu menemani perjalanan hidup kita.Tiada siapa yang terlepas dari diduga oleh Allah.Satu-satunya tempat dimana kita terlepas dari masalah hanyalah syurga.Selagi kita bernafas,masalah sering bersama kita.Andai lemah dan mudah rapuh,mesti hidup ini tidak dapat diteruskan sebaiknya.Dan jika diberi pilihan juga diri ini tidak ingin menjadi seperti telur yang berubah menjadi keras dengan jiwa dan hati yang kaku.Hidup ini diibaratkan seperti dua permukaan syiling,apabila syiling dibaling dari atas kita tidak dapat menduga samada kita akan mendapat ekor atau kepala.Kita juga tidak dapat meramal apakah kita akan mendapat kesusahan atau kesenangan di masa depan.Kita juga tidak perlu memikirkan semua itu,apa yang penting kita mempersiapkan jiwa dan hati kita untuk menghadapi apapun yang bakal mendatang.Dan apa yang pasti diri ini ingin menjadi seperti kopi ketika keadaan menjadi semakin buruk dan memuncak,diri menjadi semakin baik dan membuat keadaan disekitarmu juga menjadi semakin baik....saya amat selesa dan tenang bila mengingat bahawa kita adalah yang tertinggi jika kita beriman...~

THE HISTORY OF THE QURANIC TEXT~from revelation to compilation~

versi bahasa melayu.....

~kumpulan hadis sahih~

seriously it will benefit you...watch it out


~Seratus tokoh paling berpengaruh dalam sejarah ~

luangkan sedikit masa anda untuk membaca sejarah ringkas seratus tokoh paling berpengaruh dalam sejarah....boleh download di sini

~belajar mudah membaca Al-Quran~

anda boleh lah muat turun portable macromedia flash ini untuk mudah belajar membaca Al-Quran dengan mempelajari tajwid....selamat belajar


~kalkulator tarikh lahir~





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails