Saturday, January 30, 2010

melayari internet bersama kebersamaan Allah...



salam semua...
hari kedua berada di bumi uia..ingatan masih berpaksi pada rumah,mata masih terbayang mak dan abah,ya Allah kuatkan hati aku...lindungilah dan jagalah mereka bagi pihak anaknya ini...esemen aku masih tak tersentuh,esok dah nak kna submit(perkara yang tidak patut di contohi)...belum ada mood utk siapkan esemen..hehe

bak kata John F.Kennedy "do not pray for easy life..pray to be stronger"..berilah aku kekuatan menempuhi kehidupan yang penuh cabaran ini ya Allah...amin..ape aku nak tulis sebenarnya..haha...ok2x..dah tahu da..sebenarnya semalam setelah mendapat berita bahawa mahallah(kolej) di tempat kami tinggal telah di pasang wireless(selepas sekian lama menunggu)tetiba terlintas di fikiran aku...adakah kita melayari internet dengan kebersamaaNYA??

wahai sahabat semua..mungkin sahabat akan tersenyum mendapat berita yang dah lama sahabat nanti-nantikan ini..mungkin ini perkataan yang terkeluar dari mulut sahabat-sahabat..."senangla aku nak cari bahan untuk assignment,bolehlah aku jadikan bahan ilmiah yang ada sebagai bacaan aku hari-hari",dan mungkin juga ada yang berkata"boleh la aku main game kt facebook,bolehlah aku y.m hari-hari"hehe..

inilah dikatakan internet senjata bermata dua..satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan:dalamnya ada unsur peruntuh dan membina,memati dan menghidup,petunjuk hidayah dan godaan.Cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya.Memang tidak dapat dinafikan bahawa internet memang mempunyai daya tarikan,keberkesanan,mudah dicapai,dilayari,dan bersifat interaktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan.

Melalui internet,umat islam boleh menjadikan ia sebagai mimbar untuk orang Islam meneggakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.Dan perlu juga diketahui ia juga tidak sunyi dan dipenuhi dengan segala jenis unsur rosak dan merosakkan dengan jin dan syaitan yang bertopengkan manusia yang memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.

berapa banyak laman seks yang wujud dan dapat kita layari?..berapa banyak blog menghina islam yang dapat kita baca?berapa banyak online game yang boleh merosakkan kanak-kanak?semuanya dihujung hari kita..tiada siapa yang dapat menghalang bila kita dah mula melayari internet.Biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba,kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat yang sangat merbahaya.

dimanakah kebersamaanNYA dalam kita melayari internet?merialisaaikan kebersamaan ini setiap dari kita perlulah mengekang hawa nafsunya dari hawa dan penyesatan.setiap dari kita mempunyai nafsu..itu pasti.namun hawa haruslah ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan,meninggalkan kealpaan,mengalahkan was-was,dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat.itulah yang perlu dilakukan..apalagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.

seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasullulah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut dimana orang siuman menjadi bingung,perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda rasul bermaksud:

apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap,fitnah seperti kepulan asap,dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka.mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang,beriman pada waktu petang,dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia(hadis riwayat Ahmad)

sekadar renungan dan peringatan buat diri ini dan sahabat-sahabat;
-bersihkan niat sahabat-sahabat dengan betul dan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum online.

-jika kita melayari internet dengan tujuan untuk berhibur,kita akan lupa diri dan tanpa disedari akan diheret kepada kelalaian tanpa disedari.

-lastly,duduk di hadapan internet dalam tempoh masa yang lama akan mengsia-siakan pusingan hidup seluruhnya..hehe
bersama-sama kita fikirkannya...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails