Wednesday, January 27, 2010

~royalti atau wang ehsan~



sebenarnya tiada apa untuk di coret atau diluahkan pada malam ni..cuma bila membaca harakahdaily sebentar tadi,ada beberapa berita yang menarik perhatian saya..isu kalimah Allah dan yang penting saya rasakan ialah isu royalti minyak..sebagai rakyat kelantan menipu jika saya katakan saya tidak kisah dengan hal yang membabitkan negeri kelahiran saya..sedikit sebanyak saya akan terasa kesannya.

Sebenarnya dah lama saya tidak mengikuti perkembangan negeri tercinta secara baik tetapi apa yang saya tahu kelantan telah berusaha keras untuk mendapatkan hak royalti ini tetapi yang sebaliknya berlaku ialah kerajaan pusat hanya ingin memberi wang ehsan kepada kerajaan negeri kelantan(setakat pemahaman saya).Sebenarnya masih banyak yang perlu diperkatakan tentang isu ini..
Saya terkesan mendengar penjelasan daripada tok guru iaitu. .

"Sepatutnya minyak yang keluar dari bumi Kelantan, menjadi hak negeri inilah. Kalau dikira dari segi ehsan, kerajaan Pusat yang sebenarnya perlu mendapat ehsan dan bukannya Kelantan. Kelantan yang ehsan pada Kuala Lumpur, tetapi sudah terbalik keadaan."
(wawancara khas dengan tok guru di JKR10)
ulasan yang amat ringkas tapi berkesan
kalau nak di ikutkan logik pun memang logik..

dan apa yang menarik minat saya ialah esok malam 28februari2010 akan diadakan solat hajat perdana oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ceramah royalti minyak yang akan disampaikan oleh Ku Li di Stadium Sultan Muhammad ke-4.

insyaallah jika tiada aral saya juga akan ke sana,dapat juga maklumat terkini tentang isu tersebut.Moga Allah permudahkan segala urusan:)

2 comments:

  1. Assalamualaikum.. singgah sini.. semoga Allah permudahkan segala urusan.. (^__^)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam...hehe...tenkiu..insyaallah:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails